Sunday, April 01, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Plus-Minus Susunan Buku Ikut Nama Penerbit

Pada umumnya, kedai-kedai buku mempunyai 2 amalan pada cara mereka menyusun buku-buku yang dipamerkan:

1. Buku disusun ikut nama penerbit.
2. Buku disusun ikut kategori buku.

Kedua-dua cara itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Semua kedai buku besar mengamalkan teknik susunan berdasarkan kategori buku. Justeru semua novel dipamerkan di seksyen 'fiksyen'. Semua buku motivasi dipamerkan di seksyen 'pembangunan diri'.

Kelebihan cara ini adalah ia memudahkan proses pembeli mencari tajuk, memilih buku dan membeli buku.

Sususan ikut kategori juga menghasilkan jualan yang lebih tinggi.

Masuk kedai buku dan mencari buku adalah suatu 'pengalaman'. Apabila pengalaman itu mudah, cepat dan efisien, hati pelanggan menjadi suka, dan perasaan suka itu mendorong mereka membeli lebih banyak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Mengawal Bajet Percetakan Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Menjual Buku Sangat Mudah, Mengutip Hutang Sangat Susah

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.