Wednesday, March 14, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Risiko Fenomena ‘berkembang sampai bangkrap’

Salah satu risiko kejayaan adalah fenomena yang dipanggil 'berkembang sampai bangkrap'. Risiko ini boleh berlaku dalam semua sektor industri. Jadi, industri penerbitan buku tidak terkecuali.

Baru-baru ini sebuah syarikat orang Melayu yang sangat terkenal brandnya dalam pasaran produk konsumer jualan langsung telah mengalami fonomena 'berkembang sampai bangkrap'.

Bagi orang bukan bisnes, mereka sukar memahami bagaimana perniagaan yang begitu baik perkembangannya boleh tiba-tiba bangkrap, tetapi bagi orang bisnes hal itu adalah sangat logikal.

Apabila produk sangat laku, kita cenderung mengeluarkan lebih banyak produk bagi memenuhi permintaan dari agen-agen. Bagi meningkatkan pengeluaran itu, ini bermakna kita berhutang lebih banyak kepada pembekal.

Apabila kutipan hutang dari agen-agen tidak cukup bagi membayar hutang-hutang pembekal, akibatnya pembekal memberhentikan bekalan. Pengeluaran pun terhenti!

Dalam sektor penerbitan buku, apabila buku sangat laku, agen akan meningkatkan pesanan. Jika penerbit menghantar buku yang dipesan, itu bermakna agen menokok hutangnya kepada penerbit.

Penerbit pula akan mengulang cetak buku itu. Ini bermakna penerbit menokok hutangnya kepada pencetak.

Apabila penerbit tidak dapat mengutip hutangnya dari agent, ini bermakna ia tidak dapat membayar hutangnya kepada pencetak. Akibatnya pencetak tidak mahu mencetak buku baru selagi hutang lama belum dibayar.

Survival adalah lebih penting daripada perkembangan yang melonjak-lonjak!

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Tempoh Kredit yang Mencekik Cashflow Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Dua Kelemahan Utama Industri Penerbitan Buku
Roszita WaizMalaysia  on  03/19  at  04:18 PM

Ya Benar Puan Sifu Ainon.
Fenomena yang dipanggil ‘Berkembang sampai bangkrap’ adalah huraian bagi topik “Produk Laku Keras - tidak elok untuk syarikat” yang terdapat dalam buku puan “Memulakan Bisnes.” Buku itu kami baca tiga bulan sekali sebagai peringatan menjalankan bisnes; suami dan isteri.
Syarikat sibuk untuk membuat operasi “production” tetapi lupa untuk mengutip hutang-hutang yang sedia ada.
Kami sendiri pernah mengalaminya. Secara legal, hutang mesti dikutip dalam masa tiga tahun. Selepas tiga tahun, kita tidak boleh saman atau ambil apa-apa tindakan undang-undang kepada orang yang tidak mahu bayar hutang kita. Itulah asal nama HUTANG LAPUK. Adik beradik BUJANG LAPOK.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.