Tuesday, March 20, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Tidak Terdorong oleh Gambaran Palsu

Seperti dalam semua industri lain, cerita kejayaan diuar-uarkan, manakala cerita kegagalan disenyapkan. Perihal yang sama berlaku dalam dunia bisnes penerbitan buku.

Fenomena ini adalah normal. Manusia mahu mendengar cerita-cerita kejayaan sahaja, maka cerita-cerita kejayaan yang akan disampaikan.

Dalam dunia penerbitan buku, tidak semua pengarang menjadi bestseller. Tidak semua buku menjadi bestseller.

Majoriti pengarang tidak berjaya menjadi kaya daripada hasil jualan bukunya.

Majoriti buku yang diterbitkan tidak ke mana-mana jualannya.

Buku-buku yang laku adalah buku-buku yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Buku itu dirancang dengan teliti sebelum diterbitkan. Ini bermakna kajian pasaran dilakukan terlebih dahulu.

2. Buku itu dipasarkan dengan berkesan. Ini bermakna penerbit mempunyai keupayaan membiayai kos pemasaran yang tinggi, dan buku itu berpotensi membayar balik kos pemasaran itu sekaligus menghasilkan keuntungan yang tinggi juga.

Banyak orang mahu menceburi bisnes penerbitan buku kerana terdorong oleh cerita-cerita kejayaan yang mereka dengar dan lihat. Adalah sangat penting kita melabur hanya selepas mendapatkan gambaran yang betul tentang sektor yang mahu diceburi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Buku: Senario Semasa Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Tempoh Kredit yang Mencekik Cashflow
Ismail MJ  on  03/21  at  07:18 AM

Salam Pn. Ainon,

Saya telah lama mengikuti entri-entri Pn. Ainon dari jauh (tanpa meninggalkan sebarang komen) dan saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana tanpa sedar, puanlah sebenarnya tok guru saya dalam industri buku yang baru saya ceburi ini.

Sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang puan kongsikan telah menjadi panduan untuk kami bertatih dalam industri yang begitu mencabar ini. Segala peringatan dan amaran menjadi kata-kata nasihat yang sentiasa bermain-main di fikiran, bukan sebagai penghalang tetapi penunjuk jalan untuk kami terus melangkah ke depan.

PTS menjadi besar bukan secara tidak sengaja… Jadi pastinya, PTS has done something right… mengamalkan the best practices seperti yang puan nyatakan dalam entri puan sebelum ini. Kami adalah peminat PTS’s best practices dan berhajat untuk menurutinya.

Sekian, terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.