Tip Survival Ilustrator Buku: Hakcipta Lukisan
Apabila saudara diminta oleh penerbit supaya melukis ilustrasi buku-buku cerita rakyat dalam 4 warna untuk seluruh buku, lebih baik saudara simpan hakcipta lukisan saudara itu.
Buku-buku cerita rakyat tidak dapat dijadikan buku evergreen tanpa kualiti lukisan yang bernilai seni. Semakin cantik nilai lukisan saudara, semakin tinggi nilai buku-buku cerita rakyat itu. Maka semakin evergreen buku itu dalam pasaran.
Buku-buku evergreen adalah harta intelek yang tinggi nilainya. Ia diulangcetak bertahun-tahun, tahun demi tahun.
Sebelum saudara mula melukis, tanya penerbit itu, apakah saudara akan diberi pilihan sama ada menyimpan ataupun menjual hakcipta saudara.
Risiko saudara ditipu tetap ada, walaupun penerbit itu memberitahu saudara dibenarkan menyimpan hakcipta saudara.
Tip hari ini: Selidiki dahulu rekod penerbit itu, apakah syarikat itu pernah menipu penulis ataupun pelukis-pelukis lain.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment