Tuesday, June 03, 2008

Tip Survival Kedai Buku: Isu Poster Buku

Sifu menerima surat daripada penulis yang mencadangkan supaya PTS mencetak poster bagi semua buku yang baru terbit supaya dapat ditampal di dinding kaca kedai-kedai buku sebagai iklan.

Saya bertanyakan kepada Tuan RR, seorang pengurus outlet sebuah kedai buku elit berkenaan isu poster dan pengurusan sesebuah kedai buku.

Berikut adalah surat penerangan daripada beliau:

Assalamualaikum,

Puan Ainon yang saya hormati, semoga sentiasa di dalam lindungan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Menyentuh berkenaan poster ini kadang-kadang akan menjadi satu dilema kepada kedai buku. Untuk kedai-kedai buku seperti MPH, Kinokuniya, Popular, Times atau Borders, poster digunakan untuk tempoh tertentu sahaja. Contohnya, ketika ada promosi, tajuk-tajuk bestseller akan terbit ataupun sudah terbit dan aktiviti berkaitan akan, sedang diadakan.

Adalah menjadi kewajipan pengurus kedainya bagi memastikan kedainya dalam keadaan yang teratur, ringkas tetapi menarik. Apabila terlalu banyak poster, informasi akan membuat perhatian pelanggan yang datang terganggu. Ini boleh memberi kesan kepada hasil jualan juga imej kedai itu sendiri.

Emosi pelanggan yang datang khususnya kedai buku akan memberi kesan kepada jualannya. Biasanya mereka yang datang ke kedai buku ini dalam keadaan yang tenang tanpa gangguan visual yang terlalu banyak, audio yang terlalu bising juga keramahan pembantu kedai yang terlalu ramah sehingga mereka berasa terkongkong.

Selain itu jika setiap buku yang terbit lahir bersama poster, ini akan menimbulkan masalah kepada kedai buku. Lebih teruk jika poster tersebut tidak digunakan oleh pihak kedai, akhirnya ia cuma menjadi kertas kitar semula.

Dengan melekatkan terlalu kerap poster boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding, tingkap ataupun rak kedai buku. Ada kedai-kedai buku ini telah menyediakan tempat khas bagi poster ini. Agak terhad tempatnya, kalau sebulan terbit seratus judul maka ada seratus poster maka akan berbarislah poster ini menunggu gilirannya.(ini cuma gurauan)

Sudah menjadi aturan atau amalan kedai-kedai buku besar, hanya poster yang benar-benar sesuai sahaja akan digantung. Sesuai dengan promosi, tema, aktiviti, perayaan dan feng shui... poster itu dapat panggil wang besar.

Apa yang saya jelaskan di sini bukanlah melarang penerbit mencetak dan menyediakan poster mempromosi buku. Fungsi utama poster ialah sebagai alat bantu bagi memberi informasi kepada pembaca tentang buku baru atau lama.

Poster yang bagus (dicetak dan dipasang) adalah poster-poster yang mampu memberi impak besar kepada mereka yang melihatnya. Pemasangan poster yang secara teratur dan berjadual adalah perlu dan lebih berkesan.

Manakala pemasangan poster tanpa motif, tema, bercelaru dan terlalu banyak akan kadang-kadang menyebabkan pelanggan muak ataupun pening dan hilang perhatian.

Selain itu poster itu sendiri juga perlu menepati kehendak tuan punya kedai buku dan pelanggan juga sesuai untuk mempromosi buku. Jika ia tidak sesuai dan cara serta masa pemasangan tidak sesuai bukan itu sahaja imej kedai akan jatuh, malah imej penerbit dan penulis juga sedikit sebanyak mendapat kesan negatif disebabkan perkara ini.

Pemilihan buku yang perlu datang dengan poster harus dirancang secara teratur. Adakah ia mampu membawa kesan jika ia diposter secara bersendirian ataupun kesannya lebih hebat jika digandingkan dengan judul yang lain.

Ini lebih memudahkan kedai-kedai buku untuk memasang poster bersama-sama buku-bukunya sekali. Mudah dan jelas untuk tuan punya kedai dan yang lebih penting mudah untuk pelanggan melihat poster dan menyentuh buku tersebut.

Puan, itulah yang dapat saya kongsikan bersama semua. Kalau ada lagi nanti saya akan kongsikan bersama. Wassalam. Juga saya sampaikan salam daripada isteri saya, Puan Aida.

RR

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Strategi Menjadikan PTS Suatu Power-Brand Previous entry: Top 30 Buku PTS di MPH Alamanda Putrajaya bagi Mei 2008

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: