Sunday, May 25, 2008

Tip Survival Bisnes Buku: Promosi Bermusim

Buku adalah produk bermusim.

Apabila tiba musim cuti sekolah, kedai-kedai buku utama sibuk mempromosi buku-buku kegemaran pelajar-pelajar sekolah.

Poster mempromosi buku kanak-kanak dan remaja PTS ini dibuat khas untuk syarikat kedai buku BADAN CEMERLANG di Plaza Angsana, Johor Baru. 

Bagi para penerbit pula, beberapa bulan sebelum tiba cuti sekolah, mereka sibuk menerbitkan judul buku-buku yang ditargetkan khusus untuk bacaan hiburan sepanjang cuti sekolah. 

Apabila tiba musim buka sekolah, kedai-kedai buku sibuk mempromosi buku-buku teks dan ulangkaji sekolah pula. 

Apabila hampir tiba bulan puasa, kedai-kedai buku mempromosi buku-buku agama,  kerana jualan buku-buku agama sebelum dan sepanjang bulan puasa adalah amat tinggi.

Apabila hampir tiba musim hari raya, buku kuih-muih pula yang dipromosi. 

Selepas hari raya, tiba pula musim orang pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji. Buku haji pula yang dipromosi habis-habisan.

Penerbit, pengedar dan pekedai buku bekerja dengan berpandukan pelbagai musim sepanjang tahun.

Para penulis juga perlu menulis dengan mengingati bahawa buku mereka akan dipromosikan ikut musim-musim itu. Jadi, jangan sampai tertinggal musim.

Buku saudara mesti sudah siap ditulis 5 bulan sebelum tiba musim promosi. Sebagai contoh, jika saudara mahu menulis buku tentang ibadat puasa, buku itu mesti sudah dipamerkan dalam kedai-kedai buku sebulan sebelum kelihatan anak bulan 1hb Ramadhan. 

Justeru PTS ISLAMIKA saat ini sudah siap mengedit manuskrip buku-buku yang akan diterbitkan sempena promosi bulan Ramadhan tahun ini. 

Apabila buku tertinggal musim, tunggulah sampai tiba musim tahun depan....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tsunami Bisnes Training: Pokok Tumbang Sarang Kerengga pun Jatuh Previous entry: Tunnels di MPH Alpha Angle Wangsa Maju
Salam Raya Aidilfitri 2015  on  06/27  at  10:28 PM

Usaha yang mencabar memandangkan banyak maklumat dan bahan bacaan boleh didapati secara online. Namun saya akui, bahan ilmiah yang maujud seperti buku adalah sumber ilmu yang terbaik. Selamat berpuasa, teruskan usaha.

Surat Siaran KPM Bil 8 Tahun 2015 - Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015. http://memoirinsani.blogspot.com/2015/06/cuti-berganti-hari-raya-aidilfitri-2015.html Penetapkan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2015.

Contoh surat cuti sakit  on  07/20  at  03:45 PM

Buku yang menarik

gps android  on  07/23  at  01:46 PM

manteb bukunya ini. Bisa dicoba untuk beli nanti.

game sepakbola  on  07/23  at  01:47 PM

joss dah mba.. salam ya cah ayu smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.