Monday, October 25, 2010

Tip Survival Pekomik: Berkongsi Harta Intelek dengan Brand Ternama

Nama Farihah Iskandar sudah sangat terkenal. Beliau sudah menjadi Big Name dalam kategorinya.

Farihah Iskandar kini sudah menjadi brand dalam pasaran sastera remaja tanah air. Jumlah peminat karyanya mencecah puluhan ribu.

Koleksi novel Dear Yayah yang diterbitkan sebagai antologi kulit keras dijual pada harga RM75 di cawangan kedai buku POPULAR di seluruh negara. Walaupun harga itu mahal, tetapi 10 ribu naskah sudah terjual. Ini adalah pencapaian luar biasa.

Kini Farihah Iskandar menghasilkan siri komiknya sendiri yang juga menggunakan judul Dear Yayah. Untuk siri komiknya beliau bekerja dengan pekomik Ard One.

Mereka berkongsi harta intelek. Farihah Iskandar sebagai pencipta cerita menerima 30% manakala Ard One sebagai pelukis komiknya menerima 70%.

Pekomik Ard One berkarya dalam 3 kategori dengan PTS:

(i) Beliau melukis ilustrasi siri Adam Kecil oleh Ashadi Zain & Fred Suriya. Sebagai ilustrator beliau dibayar honorarium bagi setiap keping lukisan yang dihasilkan. Beliau dibayar kontan sebaik-baik lukisannya diterima oleh editor, oleh itu tidak ada risiko kerugian.

(ii) Beliau menghasilkan komik beliau sendiri di mana beliau menerima 100% hakcipta dan royaltinya. Risiko komik tidak laku keras sentiasa ada, oleh itu royalti yang diterima tidak banyak sedangkan kerja penghasilan komik itu sukar dan mengambil banyak masa.

(iii) Beliau berkongsi dengan penulis yang sudah mempunyai nama besar seperti Farihah Iskandar.

Rekod bayaran royalti yang dibuat oleh jabatan kewangan PTS kepada para pelukis ilustrasi dan pekomik menunjukkan:

(a) Pekomik dan pelukis ilustrasi yang juga menulis buku cerita kanak-kanak, novel genre nomik, dan novel-novel remaja, mereka menerima royalti paling tinggi. Contoh mereka dalam kategori ini adalah Nuriazam Ismail, Alif Firdaus Azis, dan Maslina Ngadiman.

(b) Pekomik yang melakukan ketiga-tiga jenis pengkaryaan (i), (ii) dan (iii) menerima royalti kedua paling banyak, sebagai contoh Pekomik Reja.

(c) Pekomik yang hanya menghasilkan komiknya sendiri (ii) menerima royalti ketiga rendah.

(d) Pelukis dan ilustrator yang hanya melakukan (i) menerima pendapatan paling rendah. Mereka dibayar dalam bentuk honorarium. Golongan ini tidak memiliki harta intelek.

NOTA: Banyak pekomik dan pelukis sebenarnya mempunyai bakat bercerita dan menulis buku-buku cerita, seperti Nurizam Ismail, Alif Firdaus Aziz dan Maslina Ngadiman. Mereka hanya perlu berguru kepada mentor yang dapat membantu mereka mengasah bakatnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Iklan! PTS Mencari Penterjemah Novel dari Bahasa Cina Previous entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.