Wednesday, June 24, 2009

Tip Survival Penerbit: Akaun Hutang Kawan-kawan Seperjuangan

Jaga hutang. Jaga hutang. Jaga hutang.

Banyak penerbit kecil gulung tikar disebabkan mereka tidak mengamalkan disiplin kawalan kredit yang ketat, khususnya mereka tidak prudent apabila memberi kemudahan kredit kepada kawan-kawan dan saudara-mara sendiri yang datang mengambil stok buku.

Dalam bisnes, jangan beri layanan istimewa kepada sesiapa sahaja yang menjadi agen. Namun nasihat ini lebih mudah diucapkan daripada diamalkan.

Seorang petugas di sebuah penerbit baru muncul memberitahu saya bagaimana beliau baru menerbitkan sebuah buku seorang penceramah agama yang sangat terkenal di negara ini dan buku itu sudah terjual lebih 40 ribu naskhah dalam tempoh 3 bulan sahaja.

Saya bertanyakan kepada beliau bagaimana beliau berjaya menjual buku itu dengan begitu hebatnya sebab saya tidak nampak buku itu di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu bahawa buku itu belum dipasarkan melalui kedai-kedai buku, sebaliknya hanya diedarkan di kalangan peniaga-peniaga buku bergerak yang menjual buku di mana-mana penceramah agama itu menyampaikan ceramahnya serta di mana-mana ada majlis ceramah politik.

Sudah bukan rahsia lagi bahawa disiplin membayar hutang di kalangan peniaga buku bergerak adalah sangat lemah. Mereka terkenal tidak membayar hutang kepada penerbit dengan deligent -- dengan lain perkataan mereka 'culas' membayar hutang.

Penjual buku bergerak tidak mempunyai sistem pengurusan wang yang ketat. Semua perkara main ingat-ingat sahaja. Mereka juga tidak mengasingkan duit peribadi dan duit bisnes.

Walaupun penjual buku bergerak itu mungkin saudara-mara sendiri, kawan-kawan, mahupun rakan seperjuangan, jangan main percaya dengan penjual buku bergerak. Nanti buku kita habis laku tetapi duit dalam bank kita kosong. Cara kerja beginilah yang menjadi punca utama cash-flow syarikat kita tercekik lalu bisnes kita gulung tikar.

Ikut cara bagaimana penerbit Mamak berniaga dengan penjual-penjual buku bergerak. Semuanya main beli tunai. Tidak ada duit, tidak ada buku! 

Penerbit Mamak memang memberikan diskaun tinggi kepada penjual buku bergerak, ada kalanya sampai setinggi 55%, tetapi semuanya main bayar tunai. Walaupun margin mereka kecil, tetapi tidak ada hutang lapuk.

Bagi penjual buku bergerak pula, walaupun mereka dipaksa membeli tunai, tetapi diskaun yang diberikan oleh penerbit Mamak amat menguntungkan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Triller Perang Terbaru PTS Previous entry: Target PTS bagi Tahun 2010: 35 Judul Baru Setiap Bulan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: