Thursday, March 22, 2007

Tip Survival Penerbit: Bagaimana Penerbit Dapat Merompak Syarikatnya Sendiri

Apabila saudara baru belajar membuka bisnes sendiri, macam-macam orang 'pandai' memberikan macam-macam tip-tip dan panduan menjadi kaya.

Jangan dengar cakap-cakap orang yang bukan bisnesman yang berjaya (dengan mengamalkan etika bisnes yang terpuji).

Jangan fikir bahawa orang bank, ataupun akauntan, tahu seni menguruskan syarikat dan bisnes, meskipun setiap hari mereka bekerja mengira juta-juta duit dalam akaun orang lain.

Salah satu tip bodoh yang banyak ditaburkan oleh orang yang nampaknya macam orang pandai berbunyi begini: "Syarikat biar miskin, asal towkay kaya! Jangan towkay miskin, tetapi syarikat kaya."

Kalau saudara memiliki syarikat penerbitan, katakanlah namanya TIP-TOP Sdn. Bhd., ada banyak cara saudara boleh merompak TIP-TOP, supaya syarikat saudara miskin, manakala saudara kaya-raya.

Yang paling mudah, begini: Mula-mula saudara buka syarikat lain, katakanlah namanya T&T Enterprise (T&T - Tau & Tau).

T&T sebenarnya adalah syarikat kosong, yakni syarikat kelongsong, syarikat yang tidak ada bisnes sebenar. Bisnesnya adalah merompak TIP-TOP!

Lakukan begini: TIP-TOP melantik T&T menjadi 'pembekal tunggal' bagi semua keperluan bisnes TIP-TOP Sdn. Bhd.

Sebagai contoh, apabila TIP-TOP perlu mencetak buku, kerja cetak itu diberikan kepada T&T. T&T jadi orang tengah. T&T cari pencetak dan kowtim-kowtim dengan pencetak.

Pencetak beri sebutharga RM2.30 sen satu naskhah kepada T&T. T&T beri sebut harga RM3.00 kepada TIP-TOP. Nampak?

T&T dapat 'komisen' ataupun 'management fees' daripada TIP-TOP. Duit itu boleh saudara gunakan untuk pelbagai projek memperkayakan kantung saudara anak-beranak.

Satu lagi cara mudah memastikan syarikat miskin tetapi towkay kaya adalah dengan membeli semua kemewahan saudara menggunakan duit TIP-TOP. Apa-apa sahaja - membeli kereta, minyak kereta, servis kereta, pakaian, tiket kapalterbang, sewa kamar hotel, makan di restoran, viagra... bayar dengan menggunakan kad kredit platinum saudara, dan semuanya cajkan kepada akaun TIP-TOP.

Saudara boleh beli apa sahaja barang mahal untuk kegunaan di rumah saudara, dan cajkan ke akaun TIP-TOP - kerusi meja, karpet, peti ais, air-con, mangkuk toilet... semuanya!

Orang-orang 'pandai' yang memberi nasihat bisnes kepada saudara itu akan mengatakan begini: "Syarikat itu kita punya. Apa kita buat dengan duit syarikat, itu adalah hak kita!"

Tetapi ingat, tingkah laku dan budi pekerti pemilik syarikat adalah sumber motivasi kerja yang paling penting bagi kakitangan syarikat. Setiap patah perkataan, dan setiap perbuatan kita sebagai pemilik syarikat, sentiasa didengari, dipandangi, dibacai dan ditafsiri oleh kakitangan syarikat.

Apabila kita berkata, "Kalau macam ini nanti syarikat rugi." ingatlah, bagi telinga-telinga kakitangan syarikat, kita sebenarnya berkata kepada mereka, "Kalau macam ini nanti AKU rugi."

Hanya pemilik syarikat berkualiti kelas pertama akan mendapat kakitangan berkualiti kelas pertama. Antara ciri pemilik syarikat kelas pertama adalah dia tahu-malu kepada kakitangan syarikatnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DBP dan Adab Menulis Surat Rasmi: Sakitnya Hati Seorang Sasterawan Tua Previous entry: Menulis Buku Agama Untuk Beginner Agama
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/23  at  08:10 AM

Terima Kasih di atas nasihat yang bernas itu. Nanti saya jumpa Sifu sebelum buka bisnes Top Tip…

Semoga informasi itu membantu kita untuk tidak membuat sesuatu yang tidak sewajarnya.

Kisah itu macam ada kaitan .......
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/23  at  11:48 AM

Staf, kakitangan, pekerja adalah aset syarikat yang paling mahal. Untuk membina, ambil masa yang lama, untuk menjaganya juga ambil masa yang lama.

Aset yang tidak boleh dijual tetapi mampu menghasilkan sesuatu. Juga aset yang tidak mudah untuk dicari.

Puan Ainon Mohd.  on  03/23  at  02:56 PM

Sdr Sham,

Ada banyak lagi cara kita dapat merompak syarikat sendiri.

Yang menariknya ialah: Memilih syarikat mana yang hendak dirompak?

Orang bisnes mempunyai banyak syarikat, maka dia perlu memilih dengan tepat syarikat yang mana paling bagus dirompaknya….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/23  at  08:31 PM

Sifu,

Boleh bagi tips syarikat mana yang paling bagus untuk dirompak oleh orang bisnes? Saya sedang berjinak-jinak dengan bidang bisnes.

Nota Sifu: Katakanlah TIP TOP itu saudara memiliki 51% sahamnya. 49% lagi saham dimiliki oleh orang-orang lain. Maka TIP TOP sesuai saudara rompak sebab:

(1) Sebagai pemilik saham terbesar, saudara tentulah memegang tampuk pengurusan TIP TOP. Saudara tentu menjadi pengerusi lembaga pengarah. Saudara juga boleh meletakkan diri saudara menjadi Pengarah Urusan.

(2) Sebagai Pengarah Urusan saudara mempunyai kuasa membuat keputusan harian yang melibatkan siapa patut dibayar, dan berapa banyak patut dibayar. Jadi saudara ada kuasa melantik T&T menjadi agen, orang tengah, konsultan dan apa sahaja kepada TIP TOP.

(3) Ingat, T&T adalah milik saudara 100%. Rompaklah TIP TOP, pindahkan duit TIP TOP ke dalam akaun T&T. Sudah masuk akaun T&T, saudara boleh buat apa saudara suka dengan duit itu.

Pastikan TIP TOP ‘rugi’ setiap tahun supaya tidak perlu bayar bonus pekerja!

Puan Ainon Mohd.  on  03/23  at  09:47 PM

Sdr. Sham,

Dalam buku saya “Memulakan Bisnes Sendiri” banyak saya berikan kisah-kisah benar bagaimana saudara mungkin ditipu oleh bisnes partner sendiri, oleh orang kaya, oleh orang politik dll.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/24  at  04:48 PM

Terima Kasih Sifu,

Saya sedang membaca buku Sifu “Memulakan Bisnes Sendiri”

Web Sutera  on  03/24  at  06:28 PM

Saya pun hendak baca juga. “Nak kena beli buku lagi gamaknya,” Web Sutera bermonolog sambil melihat skrin komputer riba.

Hari hampir melabuhkan sayap malamnya. Sekejap lagi azan berkumandang tanda waktu Maghrib sudah tiba.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: