Tip Survival Penerbit: Srategi PTS Meneroka Pasaran Melayu Profesional
Pasaran Melayu profesional adalah Laut Biru yang belum diteroka dengan bersungguh-sungguh oleh mana-mana penerbit buku Melayu. Disebabkan golongan ini mempunyai pendapatan yang tinggi, kelompok ini mampu membeli buku-buku yang berharga lebih mahal.
Buku-buku yang banyak dibaca oleh golongan profesional adalah judul yang mempunyai kaiatan dengan topik-topik di bawah:
(a) Panduan menjadi pengurus yang lebih berkesan.
(b) Panduan dan kemahiran yang membantu kenaikan pangkat di tempat kerja.
(c) Panduan pelaburan peribadi.
(d) Panduan bisnes.
PTS sudah mula meneroka sektor ini dengan menerbitkan buku-buku terjemahan yang ditargetkan kepada mereka. Sebelum ini golongan profesional membeli dan membaca buku-buku dalam bahasa Inggeris. Dengan strategi yang betul, mereka akan dapat digoda supaya memilih edisi terjemahan Melayu buku-buku itu.
Salah satu cara menjual buku kepada golongan ini adalah dengan menterjemahkan buku-buku bestseller yang menjadi bahan bacaan utama mereka. Buku-buku terjemahan Melayu mempunyai 2 daya tarikan:
(a) Harga buku terjemahan adalah lebih murah, dan
(b) Membaca buku terjemahan adalah lebih cepat dan lebih berkesan.
Ujian awal yang dilakukan oleh PTS menunjukkan buku-buku terjemahan untuk golongan profesional laku dijual 3 ribu naskhah dalam tempoh kurang daripada 6 bulan.
Nota: Seorang rakan-FaceBook dengan nama Roslan Ab Hamid (foto beliau dan keluarga) menulis posting tentang buku terjemahan "The E-Myth Revisited" terbitan PTS:
"Akhirnya setelah bertahun saya membaca buku2 ini dalam bahasa Inggeris, dapatlah pula saya menikmati ulangbaca buku hebat ini dalam bahasa ibunda... Alangkah nikmatnya menghadam ilmu dalam bahasa ibunda... Tahniah PTS."
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment