Wednesday, September 12, 2007

Tip Survival Penerbit: Banyakkan Ilustrator dan Artis Kulit Buku

Saudara mungkin penerbit kecil yang menerbitkan satu judul sebulan.

Namun, sama ada syarikat saudara kecil ataupun besar, saudara perlu menggunakan banyak artis bagi membekalkan ilustrasi dalam buku dan desain cover buku.

Stroke pelukis adalah seperti cap ibu jarinya. Ia serupa dengan suara penyanyi. Menyanyilah lagu apa, suaranya serupa.

Demikian pula dengan pelukis. Meskipun subjek dalam lukisannya berbeza, strokenya serupa. Orang dapat kenal jikalau cover buku-buku itu dilukis oleh artis yang sama.

Salah satu kesan negatif apabila seorang pelukis digunakan bagi melukis 4 atau 5 cover novel adalah berkait dengan faktor "kesan pertama". Jika novel pertama yang dibacanya dirasakan "tidak ok", dia akan anggap novel-novel lain pun serupa sahaja mutunya, padahal novel-novel itu ditulis oleh pengarang-pengarang lain. Puncanya adalah cver novel-novel itu semacam "serupa" sahaja.

Lebih banyak artis yang saudara gunakan, itu adalah lebih baik, supaya wajah buku-buku yang saudara terbitkan sentiasa fresh dan unik. Ini lebih-lebih lagi penting bagi judul-judul kreatif.

Setiap buku cerita, ataupun novel adalah produk yang unik. Justeru stroke pelukis cover yang digunakan hendaklah unik.

Di PTS One, sesetengah cover novel remaja perempuan pun dilukis oleh pelukis Jakarta, hanya disebabkan kita mahukan stroke-stroke yang unik.

Pada saat ini cover untuk kategori fiksyen sains PTS One sedang dilukis di Jakarta disebabkan kita tidak berjumpa dengan pelukis tempatan yang dapat menghasilkan cover sai-fai pada kualiti yang kita mahu.

Justeru, jangan rasa bersalah apabila mahu menukar-nukar artis bagi kategori buku-buku yang sama.

Artis yang sama perlu dikekalkan bagi judul-judul dalam siri yang sama sahaja. Sebagai contoh, pelukis yang sama digunakan untuk siri "Penyiasat Ekstrovert", siri "Sahabat Kole Kacang" siri , dan siri "Adam Kecil".

Untuk ketegori yang sama, gunakan artis yang berlainan. Sebagai contoh, 3 buah buku "Puasa" ini adalah dalam kategori yang sama, bukan siri yang sama. Ketiga-tiga buku ini dilukis oleh 3 orang pelukis yang berlainan supaya ketiga-tiganya mempunyai wajah unik.

Bagaimanakah cara mendapatkan bekalan ramai artis? Mudah sahaja. Artis berkawan dengan artis. Minta artis saudara sekarang supaya perkenalkan networknya kepada saudara.

Satu cara lagi yang lebih mudah, artis-artis mempunyai blog masing-masing. Masuklah blog mereka dan jalin hubungan dengan mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gaduh-gaduh Pelukis Cover Buku: Menang 5 sen, Kalah 5 ringgit Previous entry: Cover Buku: Surat dan Memo Tuan Ameine Rev kepada peKOMIK
sinaganaga  on  09/13  at  01:22 AM

Saya rasa, ada juga artis yang mempunyai gaya yang serba boleh (versatile). Maurice Sendak, misalnya. Pada saya, encik Maurice Sendak telah melukis dalam pelbagai gaya.

Sebenarnya, di Malaysia juga terhadap beberapa orang ilustrator yang berupaya menghasilkan lukisan dengan gaya yang berbeza-beza. Cuma, puan belum ditakdirkan untuk berjumpa dengan mereka. Atau, mereka pernah lalu-lalang di depan puan - cuma puan tak dapat membaca bakat mereka. Ha ha.

Gambatte!
——-

Saiee Driss  on  09/13  at  03:59 AM

Salam

Salah seorang yang saya tahu buat kerja ilustrasi terutama untuk kulit buku, yang setakat ini dipasarkan ke seluruh dunia ialah Dr Irfan Khairi, pakar bisnes internet.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.