Monday, July 09, 2007

Tip Survival Penerbit: Berfikir Sebagai Pakar Strategi

Apabila saudara bergiat dalam bisnes penerbitan buku, malah apa jua bidang bisnes, pelajari kemahiran berfikir sebagai pakar startegi.

Jikalau tidak, sukar bagi saudara mahu mencari sektor fokus bisnes saudara, manakala fokus adalah salah satu syarat utama kejayaan bisnes. Tanpa fokus, nanti saudara masuk pasaran dengan judul penerbitan yang rencam.

Memasuki dunia bisnes bermakna berdepan dengan persaingan dalam pasaran.

Sebagai ahli strategi, pertama-tama kenal pasti sektor yang sudah ada budak-budak besarnya. Jangan saudara masuki sektor itu semasa otot syarikat saudara belum cukup kuat. Masuki padang permainan budak-budak besar hanya apabila syarikat saudara mempunyai modal yang besar.

Sebagai contoh, sebagai orang baru dalam bisnes penerbitan, jangan masuk sektor novel popular perempuan, sebab dalam sektor itu sudah ada budak besarnya, yakni ALAF21. Tidak ada pembaca novel perempuan yang tidak kenal brand ALAF21.

Sebagai pemain baru, tanpa modal besar, saudara tidak dapat bersaing dengan ALAF21 melainkan saudara bersaing dengan sokongan pemodal di balik tabir @ alibaba.

Hampir semua pemain baru dalam sektor novel cinta didukung oleh pemodal yang memodali kos mencetak novel-novel yang mereka terbitkan. Di depan sahaja nama Melayu, di belakang adalah pemodal Mamak ataupun Cina.

Ada dua jenis pemodal alibaba yang popular: (a) Tuan punya syarikat pengedar, dan (b) Tuan punya kilang cetak. Merekalah yang bersedia mengeluarkan modal kos mencetak novel-novel yang saudara terbitkan.

Sudah ramai orang Melayu yang main game menjadi orang depan kepada pemodal, tetapi sampai saat ini, strategi begini belum menghasilkan penerbit Melayu yang berjaya.

Jika saudara mahu masuk padang di mana budak-budak besar bermain, jangan masuk menggunakan strategi bersaing. Gunakan strategi lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Edisi Paperback PTS: Bersaing ataupun Flanking Previous entry: Apa Itu Flanking
sab2  on  07/09  at  10:33 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

Tertarik dengan perenggan akhirnya: “Jika saudara mahu masuk padang di mana budak-budak besar bermain, jangan masuk menggunakan strategi bersaing. Gunakan strategi lain”.

Analogi yang mungkin bolih diberikan adalah orang Amerika memperkenalkan “American Football”... dan terus mereka istiharkan merekalah pemain /dan pasukan terbaik di dunia?

Strategi lain yang berkesan adalah proses mengwujudkan penanda aras bisnes (walau pun serupa) tersendiri, tetapi berlainan pendekatannya. Buat bisnes yang sama, tetapi cara /dan prosesnya tidak sama.

bolih (SALAH) = boleh (BETUL)
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: