Sunday, August 26, 2012

Tip Survival Penerbit: Biar Terkurang Cetak, Jangan Terlebih Cetak

Salah satu kos yang terpaksa ditanggung oleh penerbit adalah kos menyimpan stok buku tak laku di dalam gudang.

Apabila banyak buku tidak laku, kita mengalami kerugian berganda:

1. Kos mencetak buku itu.

Sepatutnya duit yang digunakan bagi mencetak buku-buku yang tidak laku itu dapat digunakan bagi mencetak judul lain yang laku dijual.

2. Kos menyimpan buku-buku itu.

Buku-buku yang tidak laku memakan ruang. Ruang di dalam gudang adalah wang. Sewa gudang terpaksa dibayar setiap bulan. Semakin lama buku-buku itu disimpan, semakin tinggi kos yang ditanggung bagi menyimpan buku-buku itu.

3. Cukai yang wajib dibayar kepada LHDN.

Buku-buku yang tidak laku dan tersimpan di dalam gudang adalah aset syarikat, oleh itu dianggap 'keuntungan syarikat', lalu dikenakan cukai. Sudahlah buku tidak laku, dikenakan cukai lagi!

Biarlah pembeli merungut buku yang hendak dibelinya itu sudah habis stok. Rungutan pembeli tidak akan menyebabkan bisnes kita tutup.

Bagi penerbit, pengurusan inventori di dalam gudang adalah nyawa bisnes kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Merancang Pendapatan Royalti Buku yang Berpanjangan Previous entry: Tip Survival Penerbit: Kawal Bajet Percetakan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.