Tip Survival Penerbit: Bila Buku Patut Diulangcetak
Risiko menerbitkan judul baru serupa sahaja dengan risiko mengulangcetak judul yang sudah habis stoknya di dalam setor.
Judul baru yang dicetak mungkin tidak dapat dijual semuanya. Judul ulang cetak pun begitu, mungkin tidak dapat dijual semuanya. Tetapi, sebagai petua, penerbit lebih baik menggunakan wang ada bagi mencetak judul baru.
Walaupun margin keuntungan judul baru lebih nipis, tetapi judul baru lebih cepat dapat dijual.
Bagi judul yang mahu diulangcetak, walaupun stok di dalam gudang penerbit sudah habis, tetapi stok buku itu di kedai-kedai buku belum tentu sudah habis. Inilah faktor yang menyebabkan buku-buku ulang cetak lambat menerima pesanan dari kedai-kedai.
Judul-judul baru sentiasa laju keluarnya dari gudang, itulah sebabnya cetakan pertama cepat habis. Sesetengah judul baru habis dipesan oleh kedai-kedai dalam tempoh kurang daripada 3 bulan. Ini bermakna dengan menerbitkan judul-judul baru cash-flow syarikat lebih sihat.
Tidak begitu halnya bagi judul-judul ulang cetak. Ia keluar dari gudang pada kadar yang lambat. Itulah sebabnya, tunggu dahulu sebelum mengulang cetak.
Sebagai panduan, jika sudah ada minimum 500 naskhah yang dipesan oleh kedai, barulah judul itu selamat diulangcetak sebanyak 3 ribu naskhah. Jika kurang daripada 500, gunakan wang ada bagi mencetak judul baru.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment