Tip Survival Penerbit: Buku Apa yang Laku dalam Hipermarket
Tuan Mohd. Wahyudi Yatim (foto) adalah eksekutif di PTS Edar Sdn Bhd yang membekalkan buku-buku PTS kepada rangkaian hipermarket seperti TESCO, CARREFOUR dan MYDIN.
Menurut beliau, orang masuk ke dalam hipermarket bagi membeli barang-barang keperluan dapur dan keluarga. Inilah faktor utama yang menyebabkan bukan semua buku laku dijual di dalam ruang hipermarket.
Buku-buku yang tebal dan berat isinya tidak dibeli oleh mereka yang membeli-belah dalam hipermarket. Mereka mahukan bahan bacaan yang nipis-nipis dan isi kandungannya ringan, serta harganya rendah.
Pembeli buku yang serius tetap mengunjungi kedai-kedai buku yang beroperasi di dalam kompleks hipermarket.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment