Tuesday, December 28, 2010

Tip Survival Penerbit: Buku dalam Siri yang Sama Mesti Mempunyai Citra Kaver yang Serupa

.

Banyak faktor memainkan peranan serentak bagi menyebabkan sesuatu buku itu laku keras dalam pasaran. Salah satu faktor itu adalah imej atau citra kulit buku.

Buku-buku dalam siri yang sama mesti mempunyai imej yang serupa. Ini amat penting kerana ia menjadi salah satu faktor yang menyebabkan buku itu laku keras ataupun sebaliknya.

Bandingkan 2 siri di atas, iaitu siri "Geng Genius" dan siri "Sarah".

Dua buku dalam siri Geng Genius itu tidak mempunyai citra yang serupa. Manakala siri Sarah mempunyai citra yang serupa.

Dalam kes siri Geng Genius, petugas kedai buku yang menyusun buku di rak tidak perasan bahawa kedua-dua buku itu adalah dalam siri yang sama. Akibatnya 2 buah buku itu diletakkan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan.

Apabila 2 buku Geng Genius itu tidak mempunyai citra yang serupa, hal itu menyebabkan pembeli buku tidak tahu buku itu mempunyai siri. Padahal, buku-buku remaja yang bersiri cenderung laku lebih banyak.

Hal itu tidak berlaku kepada siri Sarah yang diberikan citra yang serupa. Dan terbukti jualan siri Sarah amat baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jadual Kempen Promosi PTS di TV9 Previous entry: Tip Survival Penerbit: Memilih Buku untuk Jadual Kempen Promosi dalam Slot Radio dan Televisyen
Syaizul Amal  on  12/29  at  07:18 AM

Assalamualaikum Puan Ainon,

Semoga Puan diberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah oleh-Nya.

Perkara inilah yang selalu menggangu fikiran saya setiap kali merancang produk-produk AinMaisarah. Isu ini lebih ketara jika Puan senaraikan semua produk bersiri Aku Mahu. Langsung tiada kesamaan.

Kami amat berharap agar hal ini dapat diambil perhatian oleh pihak PTS. Saya bersedia untuk menyediakan grafik desainer dan berbincang untuk mencapai matlamat bersama.

Wasalam
Syaizul
Pengurus AInMaisarah

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.