Monday, June 29, 2009

Tip Survival Penerbit Buku: Panduan Memilih Pelanggan

Tuan Zain Aziz adalah Timbalan Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS (lebih kerap disebut sebagai Jabatan Sales). Tanggungjawab utama beliau saat ini adalah meningkatkan kecekapan operasi di Jabatan Sales.

Tuan Zain Aziz menasihati penerbit kecil supaya tidak menyerahkan stok buku kepada individu secara kredit tanpa cagaran kerana apabila buku sudah diserahkan kepada individu, amatlah sukar hendak menagih hutang daripada mereka. Majoriti penerbit kecil yang gulung tikar adalah disebabkan mereka gagal mengutip hutang daripada individu.

Pelanggan jabatan sales adalah:

(i) Kedai-kedai buku yang mempunyai akaun dengan PTS.

Kedai-kedai buku dalam kategori ini adalah terdiri daripada rangkaian kedai buku elit (seperti MPH, POPULAR, Kinokuniya, Muda Osman, dll), dan kedai-kedai indie yang jumlah jualannya besar (seperti Badan Cemerlang, Harfa, Munirah dll).

(ii) Syarikat pengedar buku yang mengedarkan buku-buku kepada kedai-kedai kecil.

PTS tidak mengedarkan buku terus kepada kedai-kedai buku kecil yang bertaburan di seluruh negara. Justeru kedai-kedai kecil itu mendapatkan buku-buku PTS daripada pengedar buku (seperti Erfan, Fajar, Al-Hidayah dll.)

(iii) Kontraktor buku yang membekalkan buku kepada jabatan agensi-agensi kerajaan melalui sistem tender.

Dasar perniagaan PTS adalah tidak masuk tender kerajaan, sebaliknya PTS menjual buku-bukunya kepada kontraktor buku yang masuk tender. Semua kontraktor yang menang tender menerima diskaun 35% dari PTS. 

(iv) Pelanggan individu yang datang membuat pembelian besar secara bayaran tunai di depot PTS.

Individu yang datang membeli tunai dari PTS adalah terdiri daripada banyak kumpulan. Ada guru-guru sekolah yang membeli untuk perpustakaan sekolah. Ada wakil syarikat jurulatih yang menjual buku-buku PTS kepada peserta bengkel. Ada pemilik kedai buku online. Ada 'runners' iaitu individu yang menjual buku dari sekolah-ke-sekolah. Ada wakil NGO yang aktif mendirikan perpustakaan untuk rumah anak-anak yatim, dan lain-lain. Mereka diberi diskaun sama banyak dengan pengedar PTS, iaitu 35%.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sherlock Holmes Terbaru Previous entry: 'Sastera Jantan PTS' bagi Membangunkan Ethos dalam Dada Para Remaja Lelaki

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: