Monday, January 25, 2010

Tip Survival Penerbit Buku: Pro dan Kontra Penerbit Mengenakan Wang Cagaran kepada Agen

Ada penerbit yang mengenakan wang cagaran kepada pengedar, kedai buku dan agen yang mahu membuka akaun bisnes dengannya.

Bagi penerbit yang mempunyai ribuan judul buku dan nama yang sudah sangat terkenal, mereka mungkin mengenakan wang cagaran sehingga RM250 ribu kepada pengedar yang besar akaunnya. Bagi penerbit yang mempunyai judul sekitar seratus hingga tiga ratus judul, mereka mungkin mengenakan cagaran RM15 ribu.

Jumlah wang cagaran adalah sentiasa diselaraskan dengan jumlah kredit yang diberikan kepada sesebuah agen. Lebih tinggi kredit yang diberikan, lebih banyak wang cagaran yang dikenakan.

Sistem mengenakan wang cagaran adalah strategi mengurus risiko hutang lapuk. Ia membolehkan penerbit menghapuskan risiko agen lari daripada membayar hutang. Jika agen tidak membayar hutang, penerbit akan ambil wang cagaran itu.

Justeru sistem wang cagaran membolehkan penerbit berniaga dengan agen-agen yang kredibel dan berkualiti sahaja. Dengan demikian cash-flow syarikat menjadi sangat stabil.

Menurut Tuan Azari Hashim, eksekutif di jabatan jualan PTS, sistem cagaran mempunyai kesan kontranya sendiri.

Walaupun dengan mengenakan wang cagaran penerbit tidak mengalami risiko hutang lapuk, tetapi ia sukar hendak membesarkan bisnesnya pada kadar yang cepat.

Disebabkan kedai-kedai buku tidak mahu membayar wang cagaran, akibatnya salesman penerbit sukar hendak memujuk kedai-kedai buku baru supaya mahu membuka akaun kredit dan menjual buku-buku syarikatnya.

Bagi kedai-kedai buku kecil, daripada membayar wang cagaran RM10 ribu, lebih baik mereka beli tunai sahaja. Sikap seperti itu menyebabkan mereka membeli jumlah yang kecil, dan hanya membeli judul yang terpilih-pilih sahaja sebab mereka mahu memastikan buku yang dibeli tunai itu dapat dijual habis.

PTS adalah contoh penerbit yang tidak mengenakan wang cagaran kepada agen-agennya. Akibatnya, PTS sentiasa berdepan dengan risiko ada agen yang gagal membayar hutang.

Menurut Tn. Arief Rahmad, Presiden PTS, purata jumlah hutang yang gagal dikutip dari agen adalah sekitar RM10 ribu sebulan, yakni sekitar RM120 ribu setahun.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Studio Dapur PTS dalam Pembikinan Previous entry: Baca Sastera dalam LRT: Sabtu 20 Februari 2010

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: