Saturday, March 06, 2010

Tip Survival Penerbit Buku: Wajib Lantik ‘Credit Controller’

Banyak penerbit yang baru memulakan bisnes, terpaksa gulung tikar dalam tempoh 3 tahun selepas memulakan operasi disebabkan isu cashflow yang tercekik. Maksudnya, walaupun buku yang diterbitkan laku tetapi syarikat tidak mempunyai wang tunai secukupnya dalam bank bagi membayar gaji, sewa dan lain-lain.

Punca cashflow tercekik adalah disebabkan hutang pelanggan yang tidak dikutip secara efektif.

Penerbit kecil sekalipun wajib melantik seorang pegawai pengutip hutang, atau namanya 'credit controller'. Jangan ada mindset disebabkan bisnes kita masih kecil jadi tidak mampu melantik pegawai credit-controller, jadi kita mahu tunggu sehingga syarikat sudah besar baru mahu melakukannya.

Ini kes ayam-dengan-telur. Syarikat kita masih kecil jadi kita tidak mampu membayar gaji credit-controller, ataupun sebenarnya kerana kita tidak mahu melantik credit-controller makanya syarikat kita masih kecil dan tidak dapat membesar.

Tugas-tugas credit-controller:

(i) Menyemak rekod hutang-hutang pelanggan.

(ii) Menghantar penyata hutang kepada pelanggan.

(iii) Membuat panggilan telefon kepada pelanggan bagi mengingatkan mereka supaya membayar hutang.

(iv) Menyediakan laporan hutang pelanggan untuk diserahkan salesman, supaya salesman yang menghantar barang kepada pelanggan membincangkan bagaimana hutang itu patut dibayar.

Foto menunjukkan Tn. Mohd. Nur Ikhram (sewaktu beliau masih bertugas sebagai eksekutif jualan di jabatan sales PTS) menunjukkan cek-cek bayaran hutang yang beliau kutip daripada kedai-kedai buku apabila beliau pergi melawat mereka.

Nota: PTS melantik seorang credit-controller sebelum ia mampu melantik seorang akauntan. Waktu itu staf PTS baru 4 orang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 2 Booth untuk Penulis PTS Menjalankan Aktiviti pada Pesta Buku Previous entry: Buku Bisnes Islami

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: