Friday, April 27, 2007

Tip Survival Penerbit: Burung Sebulu Terbang Bersama

Apabila saudara hendak memulakan operasi syarikat penerbitan saudara, antara beberapa perkara yang perlu diuar-uarkan daripada hari pertama adalah kategori buku yang bagaimana yang akan saudara terbitkan.

Dalam zaman internet sekarang, sebagai langkah pertama, bukalah laman web. Gunakan laman web sementara yang percuma pun tidak mengapa. Tulis dengan terang dan jelas syarikat saudara mencari penulis buku kategori apa.

Jika saudara tidak dengan jelas membuat kenyataan berkenaan sektor produk yang saudara masuki, penulis dan pembaca yang terpegang buku pertama terbitan syarikat saudara akan membuat kesimpulan mereka sendiri berdasarkan buku pertama itu.

Produk pertama saudara adalah duta syarikat saudara.

Katakanlah buku pertama yang saudara terbitkan adalah novel hantu-asmara yang menggunakan bahasa Melayu rojak caca-marba, maka para penulis yang terpegang novel pertama terbitan saudara itu akan membuat kesimpulan bahawa syarikat saudara mahukan novel-novel hantu dan novel-novel asmara yang ditulis menggunakan bahasa rojak.

Dengan kesimpulan seperti itu, automatis hanya penulis novel cinta dan cerita-cerita hantu, yang suka bahasa rojak caca-marba, yang mahu menulis untuk syarikat saudara. Kata pepatah, burung sebulu terbang bersama. Penulis cerita hantu mencari penerbit cerita hantu Penulis karya bahasa rojak mencari penerbit karya bahasa rojak.

Automatis juga penulis yang menulis dengan Bahasa Melayu Tinggi tidak mahu menghantar karya mereka kepada saudara, sebab mereka percaya saudara hanya mahukan buku-buku berbahasa rojak.

Automatis juga penulis lain-lain kategori buku, seperti buku agama, buku kerjaya, ataupun buku budaya, tidak akan menghantar karya mereka kepada saudara.

Gaya bahasa rojak dan caca-marba adalah ciri buku picisan, buku baca-buang, buku yang dibeli kelompok rendah daya-fikirnya. Memang jumlah kelompok ini besar sekarang, tetapi gaya bahasa rojak ini trendi, justeru hayat pasarannya singkat. Setahun dua ke hadapan sudah ada stail bahasa caca-marba yang lebih baru pula.

Persepsi awal cenderung berkekalan. Apakah persepsi pertama penulis dan pembaca buku terbitan saudara? Menukar persepsi awal adalah kerja yang sukar dilakukan.

Apabila trend gaya bahasa rojak sudah berakhir, sukar bagi saudara hendak mendapatkan penulis-penulis yang menghasilkan pelbagai karya bermutu yang evergreen.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi Siri Mula Bisnes Previous entry: Ini Dia Siri Bisnes Kecil dari PTS PROFESSIONAL
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/28  at  12:37 AM

Assalamualaikum wm.

Puan Sifu,

Saya ingin bertanya, bagaimana seseorang penerbit buku meletakkan tanda harga?.

Terima kasih.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  04/28  at  07:42 AM

Sdr Idrus, alaikumussalam…

Formula menetapkan harga jualan buku adalah kompleks. Ini kerja jabatan akaunting. Di PTS setiap editor menggunakan borang formula yang disediakan oleh pihak pengurusan. Saya tidak ada salinan borang itu. Jika saudara kenal mana-mana editor PTS, boleh minta salinannya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.