Tuesday, July 31, 2007

Tip Survival Penerbit: Cabaran Menjadi Gergasi di Tanah Liliput

Bagi saudara yang bergiat dalam sektor novel cinta, ini ada maklumat yang berguna bagi menyemak strategi kerja saudara.

Kajian yang kita jalankan mendapati para pengedar novel mempunyai mentaliti yang berbeza daripada penerbit. Mereka tidak membezakan novel cinta yang diterbitkan oleh penerbit A, B, C ataupun D.

Di mata pengedar novel-novel cinta, isi dan kualiti novel tidak penting sama sekali. Yang penting adalah diskaun, sebab mereka betul-betul survive atas diskaun.

Isunya, berapa diskaun penerbit sanggup beri: 30%? 40%? 50%? 60%? Pengedar lebih suka menge-push novel-novel penerbit yang memberi mereka diskaun tinggi, meskipun novel-novel itu tidak berkualiti.

Data mutakhir yang kita peroleh dari pasaran menunjukkan volume jualan novel cinta yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit indie sudah sama banyak dengan volume yang diterbitkan oleh penerbit gergasi ALAF21 dan Creative.

Penerbit indie biasanya adalah milik suami isteri, dan semua kerja mereka berdua sahaja buat sendiri, oleh itu kos operasi mereka rendah. Itu sebab mereka sanggup beri diskaun yang besar.

Pengedar novel cinta suka push novel-novel penerbit indie disebabkan mereka sanggup memberi diskaun yang lebih besar dibandingkan dengan diskaun penerbit gergasi. Ada penerbit indie sanggup beri sampai 55% diskaun.

Jadi tidak hairan jika novel-novel cinta terbitan penerbit indie boleh dilihat terdapat dalam banyak kedai di merata-rata tempat. Ini membuat penulisnya amat seronok, maklumlah novelnya ada di mana-mana.

Penerbit besar tidak akan memberi diskaun lebih daripada yang mereka mampu, lazimnya antara 35% - 40%, itu pun berdasarkan volume, sebab mereka menanggung kos operasi yang tinggi seperti cukai syarikat, sewa, gaji, caruman EPF, SOCSO, insurans kesihatan, pelbagai elaun dan seumpamanya.

Memang sebuah penerbit indie takkan menang melawan penerbit gergasi. Tetapi, seperti yang berlaku di Tanah Liliput, apabila jumlah penerbit indie begitu banyak, gergasi pun dapat ditumbangkan oleh mereka. Tetapi, seperti apa yang berlaku di Tanah Liliput, gergasi itu cuma tumbang sementara sahaja, tetapi tidak mati.

Namun game dunia bisnes bukan game yang simple. Ia amat kompleks. Kemenangan jangka pendek belum tentu baik bagi survival jangka panjang.

Apabila hari ini saudara beri diskaun 50% kepada pengedar saudara, sampai bilakah saudara sanggup beri diskaun sebesar itu? Jawabnya, selagi saudara sanggup terus buat kerja berdua suami isteri sahaja. Sudah tua bongkok pun saudara masih buat kerja berdua.

Jika saudara mahu hidup selesa pada zaman tua, saudara perlu membesarkan bisnes saudara. Saudara perlu mengambil pekerja dan mengeluarkan kos tambahan.

Semakin besar bisnes saudara, semakin besar kos operasi saudara. Saudara takkan dapat memberikan diskaun 50% tanpa termakan modal. Jika saudara terus memberi 50% diskaun kepada pengedar, itu harakiri namanya!

Apakah kaitan isu diskaun pengedar dengan penulis? Kaitannya amat kritikal.

Bagi penulis yang menghantar karyanya kepada penerbit kecil, risikonya amat tinggi. Apabila penerbit kecil termakan modal, langkah pertama untuk survive adalah dengan tidak membayar royalti penulis!

Perbuatan tidak membayar royalti penulis adalah harakiri kedua. Apabila saudara tidak membayar royalti, penulis tidak percaya lagi kepada saudara, nama baik saudara jadi busuk, dan saudara tidak mendapat bekalan manuskrip lagi.

Satu demi satu penerbit indie muncul dan kemudian hilang dari pasaran. Akhirnya penerbit besar dapat terus bertahan dengan amalan bisnes yang rasionalistik.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kos Menjual Buku Cara Pos Previous entry: Mengapa Novel Cinta Paling Laris
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  09:00 PM

Assalamualaikum,

1.Kata Sifu :

`  Saudara takkan dapat memberikan
  diskaun 50% tanpa termakan modal.
  Jika saudara terus memberi 50%
  diskaun kepada pengedar, itu
  harakiri namanya!`

Bagaimana jika…

Oleh kerana harga buku ditentukan sendiri oleh penerbit, bagaimana jika penerbit menaikkan harga buku berkenaan dan selepas itu bolehlah menaikkan pula diskaun untuk pengedar.

Contohnya, kalau hendak memberi diskaun 40 peratus sahaja kepada si pengedar, letakkan buku itu dengan harga RM20 tetapi jika bercadang untuk memberikan 50 peratus letakkan harga RM25.

Saya melihat kes ini dari seorang penerbit yang meletakkan harga teramat tinggi dan penerbit itu rupa-rupanya memberikan diskaun sehingga 50 peratus kepada agen-agennya.

Bagaimanapun, buku-buku yang diterbitkannya adalah buku berset untuk pasaran sekolah sahaja dan bukan pasaran terbuka.

Namun, meskipun pengedar mendapat diskaun yang tinggi tetapi selalunya sebahagiannya terpaksa dikongsikan dengan `sidia` di peringkat sekolah.

.

Erm… sudah tahu bertanya pula. Kalau namanya kura-kura dalam perahu…
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  05:22 PM

Salam,

Petikan dari Tuan Adnan :

“Namun, meskipun pengedar mendapat diskaun yang tinggi tetapi selalunya sebahagiannya terpaksa dikongsikan dengan `sidia` di peringkat sekolah.”

Komen :

Rasuah di mana-mana rupanya. Patutlah pemimpin dan pengundi makan rasuah. Mahu berniaga kena beri rasuah dulu. Ilmu perniagaan moden yang dipelopori oleh Yahudi. Sampai bila kita harus begini, bang?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: