Tip Survival Penerbit dari Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS
Sesekali Sifu berpeluang duduk makan sambil berbincang dengan pegawai tinggi PTS. Maka banyaklah maklumat yang saya peroleh dan saya pun banyak belajar daripada mereka cara-cara bisnes street-smart yang tidak ada dalam buku-buku teks pengurusan perniagaan.
Kali ini saya berpeluang duduk dengan En. Zaharin Zain, pengurus di jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. Salah satu perkara yang beliau terangkan kepada saya adalah tentang hubungan antara pegawai jualan dan pelanggan.
Menurut beliau, pegawai jualan hendaklah menjalin hubungan yang penuh hormat-menghormati dengan para pelanggan. Pegawai jualan tidak boleh bermesra-mesra dengan pelanggan. Jangan sampai mereka berdua boleh berkongsi kotak rokok. Jangan sampai mereka bertepuk-tepuk bahu.
Hubungan yang terlalu mesra dengan pelanggan adalah tidak sihat dan ada risikonya pada survival bisnes.
Apabila pelanggan membeli disebabkan dia amat mesra dengan pegawai jualan, nasib bisnes kita akan amat bergantung kepada hubungan mesra itu. Apabila pegawai itu ditukarkan ke zon lain dan digantikan dengan pegawai lain, jualan akan jatuh!
Dalam menjalin hubungan bisnes, jenis hubungan yang paling produktif adalah hubungan saling hormat menghormati, bukan hubungan bermesra-mesra.
Bisnes mesti berjalan lancar disebabkan kualiti perkhidmatan dan produk kita yang memenuhi keperluan pelanggan. Bukan kerana penjual dan pembeli sudah kowtim-kowtim. Biar siapa pun pegawai yang ditugaskan, bisnes dapat diteruskan dengan licin.
Bagi pegawai jualan, yang betul adalah beliau menjalin hubungan baik antara "wakil syarikat dengan pelanggan" bukan antara "dirinya dengan pelanggan".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sejahtera,
Apabila harga minyak naik 40% andaiannya samalah seperti gaji kita semua (kepada sesiapa yang makan gaji) dipotong sebanyak 40% oleh kerajaan yang prihatin ini.
Dengan itu, ruang untuk berbelanja menjadi bertambah kecil terutamanya untuk barang-barang yang bukan keperluan asas, salah satunya ialah buku (kecuali buku-buku untuk peperiksaan atau buku-buku akademik).
Malah untuk belanja makan, minum dan baju pun kita sudah berjimat-cermat, inikan pula benda-benda yang lain.
Selepas itu kerajaan yang bijaksana ini membuat pula keputusan hendak berjimat iaitu mengurangkan perbelanjaan negara. Ya, mereka memang perlu berjimat cermat tetapi bukan dengan memotong projek-projek ataupun perbelanjaan yang melibatkan ekonomi tempatan.
Implikasinya ialah inflasi yang tinggi dan juga peningkatan kadar penggangguran.Banyak syarikat akan gulung tikar dan juga ramai orang akan dibuang kerja.
Keadaan ekonomi kelihatannya amat buruk dan seperti tidak terurus dengan baik (kita belum pun sampai ke penghujung tahun lagi). Tidak ada kaedah ataupun dasar yang dibuat untuk merancakkan suasana ekonomi tempatan, malah nampaknya penguncupan teruk akan berlaku.
ECER dan WPI dicanang-canangkan sebagai satu kegaiatan ekonomi dan pembangunan untuk faedah rakyat.
Namun adakah anda yang duduk di luar ECER atau WPI ataupun mana-mana koridor ini merasai kesannya?
Kerajaan kononnya mementingkan pelaburan dari luar negara. Hakikatnya WPI ialah sebuah projek pembangunan infrastruktur gergasi, buruh-buruhnya orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal.
Pengurusan tertingginya seperti konsultan akitek, jurutera, kontraktor kebanyakannya adalah syarikat luar negara seperti Singapura, USA, UK dan lain-lain. Jadi bagaimanakah rakyat biasa mendapat faedah daripada WPI?
Berapakah sisihan wang masuk dan wang keluar hasil projek ini? Ini tidak termasuk komisen bawah meja?
Syarikat-syarikat asing ini akan mendirikan kilang-kilang dan lain-lain industri, namun mereka tidak dicukai, jadi apakah yang Malaysia dapat? Syarikat-syarikat ini juga akan membawa pekerja-pekerja Indonesia dan China untuk bekerja di industri mereka, apa orang Malaysia dapat?
Saya cadangkan projek WPI ini yang dibatalkan dan dijimatkan skalanya. Kerajaan perlu menumpukan perhatian bagaimana hendak meningkatkan ekonomi tempatan, tingkatkan permintaan, dengan itu rakyat masih ada pekerjaan, bisnes tempatan dapat ‘survive’ dan ekonomi pun tidak seburuk yang dijangkakan.
WPI hanya akan menyebabkan wang keluar lebih banyak daripada masuk. Hanya pembangunan yang merancakkan ekonomi tempatan sahaja yang patut diteruskan di WPI.
Kita mahu supaya kerajaan benar-benar ikhlas untuk membela nasib rakyat bukan untuk menghancurkan hidup kami dan anak-anak kami.
Sekian.
Sokong dan setuju sangat dengan di atas…..
Post a comment