Wednesday, January 23, 2008

Tip Survival Penerbit: Fokuskan Tema Buku

Jika saudara sedang berfikir hendak membuka syarikat penerbitan sendiri, salah satu perkara penting yang saudara perlu fikirkan adalah tema buku-buku yang bagaimana yang saudara hendak terbitkan.

Menerbitkan buku adalah serupa dengan bisnes-bisnes lain, sebagai contoh, bisnes restoran. Dalam bisnes restoran, saudara tidak boleh membuka restoran "semua jenis masakan" kerana restoran saudara tidak boleh menawarkan semua jenis masakan: Masakan Melayu, masakan Cina, masakan India, masakan Jepun, Korea, Thai, Arab, Barat dan lain-lain.

Demikianlah juga halnya dalam bisnes penerbitan buku. Malah, bisnes buku adalah lebih kompleks daripada bisnes restoran. Dalam bisnes restoran, setiap hari saudara boleh menawarkan hidangan yang serupa, sebagai contoh, saudara boleh mengeluarkan roti canai setiap hari. Dalam bisnes buku, saudara tidak boleh menerbitkan buku yang sama setiap hari!

Mindset orang yang masuk kedai restoran tidak sekompleks mentaliti orang yang masuk kedai buku. Orang yang masuk restoran didorong oleh keperluan amat asas, yakni perut yang lapar. Jarang sekali orang masuk restoran tidak jadi hendak duduk dan makan.

Sebaliknya, orang yang masuk kedai buku belum tentu membeli buku, walaupun dia sudah memegang-megang dan menyelak-nyelak halaman buku-buku yang disentuhnya.

Apabila saudara mula-mula membuka syarikat penerbitan, jangan hanya "menerbitkan buku masakan", tetapi tema saudara mesti lebih fokus daripada itu, sebagai contoh, fokus saudara adalah "menerbitkan buku resipi biskut dan kek" sahaja.

Apabila bisnes saudara sudah berkembang, barulah tambah fokus-fokus baru, sebagai contoh, "menerbitkan resipi lauk-pauk ala-kampung" pula.

Sebagaimana tukang masak bukan pakar memasak semua jenis masakan, demikian juga dalam bisnes penerbitan buku. Setiap kategori buku memerlukan editor yang pakar dalam bidang itu. Editor buku-buku biskut dan kek belum tentu pakar dalam bidang agama.

Apabila modal pusingan saudara sudah bertambah besar, bolehlah saudara menambah jumlah editor saudara dengan mengambil editor khusus bagi buku-buku kategori baru yang saudara mahu ceburi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Pegawai Merchandising Melayu Ditukar Previous entry: Cerita Terbaru Siri Adam Kecil
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  09:39 PM

salam pn ainon, saya ada mencetak modul motivasi dan tazkirah menjadi buku nota motivasi dan tazkirah untk murid2 saya yang akan menghadapi exam. saya dapati byk juga permintaaan dari sekolah-sekolH berdekatan. saya cetak buku itu dengan modal sendiri kemudian dijual kpd murid, dlam buku tu tidak ada nama penerbit sebab saya yang hasilkan sendiri..adakah ia menjadi satu kesalahan atau jika saya yang ingin terbitkan buku itu saya mesti mendaftar untuk menubuhkan syarikat sendiri?harap dapat penjelasan yang terperinci..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  06:51 AM

Puan Ela yang dirahmati Allah,

1. Puan tidak perlu meletakkan nama penerbit sebab buku itu lebih berupa nota-nota motivasi dan tazkirah sahaja. Buku itu pula tidak dijual di kedai-kedai buku.

2. Jika buku itu mahu dipasarkan melalui kedai-kedai buku, puan wajib mencetak nama penerbit dan nama pencetak pada buku itu. Jika tidak, ia adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: