Monday, June 21, 2010

Tip Survival Penerbit: Kejayaan dalam Pasaran ‘Long Tail’

PTS adalah sebuah penerbit yang memasuki pasaran dengan mengamalkan teori Long Tail (teori ekor panjang) yang dipopularkan oleh Chris Anderson dalam bukunya yang fenomenal, The Long Tail: Why the Future of Business Is Selling Less of More (Teori Ekor Panjang: Mengapa Masa Depan Bisnes Bergantung pada Menjual Lebih Sedikit daripada Yang Banyak.)

Penerbit-penerbit yang menerbitkan pelbagai genre dan kategori buku (sebagaimana yang dilakukan oleh PTS, ITNM dan DBP) mahu tidak mahu kita terpaksa mengamalkan strategi Long Tail jika kita mahu survive.

PTS, ITNM dan DBP menerbitkan banyak judul setiap tahun, dengan tidak mengharapkan ada mana-mana judul yang dapat dijual puluhan ribu naskhah.

Jika bagi setiap judul itu kita dapat menjual 6 ribu naskhah, kita sudah berpuas hati (yakni Selling Less of More). Pada saat ini PTS menerbitkan purata 40 judul sebulan. Pada jangka masa panjang target PTS adalah menerbitkan 1,000 judul setahun, dengan jualan 20 - 25 juta naskhah setiap tahun.

Ini berbeza dengan strategi Short Tail, yakni kita menerbitkan sedikit judul tetapi setiap judul dapat dijual puluhan ribu naskhah (yakni Selling More of Less). Pengamal teori Short Tail yang sangat berjaya adalah ALAF21, yang menjadi gergasi meskipun hanya menerbitkan 3 judul sebulan.

Bagi PTS, ITNM dan DBP, dengan memahami teori Long Tail, barulah nanti kita dapat mencipta strategi dan taktik marketing, promosi dan pakejing yang akan kita gunakan bagi menembusi dan kemudian mendominasi pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Judul Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: Buku Motivasi Pelajar Paling Laris

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: