Wednesday, August 29, 2007

Tip Survival Penerbit: Formula Menetapkan Harga Jualan Buku

Apabila saudara menerbitkan buku, bagaimanakah formula menetapkan harga jualan buku saudara?


Apabila formula yang saudara gunakan itu salah, saudara boleh rugi.


Kos yang wajib saudara kira adalah seperti berikut:


1. Diskaun pengedar: Para pengedar menerima potongan antara 35% - 45%, berdasarkan volume bisnes. Ada pengedar mahukan lebih daripada ini, khususnya pengedar jualan langsung ke sekolah-sekolah.


2. Kos cetak: Kos mencetak adalah antara 20% - 25%, berdasarkan volume cetakan.


3. Kos pengurusan: Pengurusan termasuklah pengangkutan, penstoran, penjualan, buku rosak, promosi, dan editorial adalah 15%.


4. Kos royalti: Royalti untuk penulis adalah antara 5% - 11% daripada harga jualan buku, berdasarkan kategori buku.


Margin keuntungan untuk penerbit adalah 5% ataupun lebih, bergantung kepada berapa harga jualan buku dan diskaun yang diberikan kepada pengedar.


Formula yang paling asas bagi menetapkan harga jualan adalah begini: Katakanlah kos mencetak buku saudara itu adalah RM3, dan saudara mencetak 3 ribu naskhah, harga jualannya adalah RM3 darab 4 = RM12.


Formula 3 X 4 ini adalah bagi buku tradebook, yakni buku-buku bacaan am yang dijual dalam kedai buku.


Formula 3 X 4 ini tidak boleh digunakan bagi buku-buku teks dan buku bacaan kanak-kanak sebab buku-buku itu mesti dijual pada harga yang lebih murah. Bukan semua ibu bapa mempunyai pendapatan tinggi, itulah sebabnya buku-buku yang dibaca oleh kanak-kanak mesti murah.


Buku-buku yang dibeli oleh remaja juga tidak boleh menggunakan formula 3 X 4 disebabkan remaja tidak mempunyai wang banyak, itulah sebabnya novel cinta remaja dijual pada harga murah.


Harga jualan bagi buku-buku yang diterbitkan khusus untuk dijual ke perpustakaan boleh dinaikkan kepada 3 X 5 ataupun lebih tinggi lagi disebabkan buku-buku itu dibeli menggunakan wang kerajaan ataupun syarikat.


Nota: Buku-buku PTS ditargetkan bagi jualan dalam kedai, oleh itu PTS menggunakan formula "harga patut" bagi semua buku-bukunya. Jika dibeli oleh perpustakaan, itu adalah bonus.


.


.


 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Belajar Menulis Cerita Previous entry: Mengapa Ibu Bapa Bukan Melayu Membeli Buku-buku PTS One
zalisa  on  09/22  at  10:26 PM

Hmm… pertama kali saya tahu tentangnya. Alhamdulillah universiti terbuka seperti ini begitu banyak membantu para penulis baru seperti saya ini. Terima kasih pada puan presiden yang sudi membimbing.
——-

Ainon Mohd.  on  09/23  at  12:16 AM

Sdr. Zalisa, terima kasih kerana membaca dan memanfaatkan blog ini. Memang itulah perjuangan universiti terbuka PTS, iaitu memberikan maklumat yang berguna kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi industri buku.

wan azarul effendi  on  04/23  at  06:08 AM

asm.wah margin pengedar agak tinggi juga (mungkin kerana buku bukan item mudah jual).Puan,biasanya terma yang digunakan bagaimana? “consignment” atau kredit tempoh masa tertentu?
Saya ingin tahu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/29  at  08:01 AM

Assalamualaikum,

Puan nampak bersikap amat terbuka dan terlalu pemurah dengan ilmu penerbitan dan pemasaran buku. Hampir tiada penerbit yang sebegini berani lagi pemurah untuk mendedahkan maklumat perniagaan mereka.

Memang benar seperti yang puan katakan, pengedar selalunya akan meminta diskaun tinggi tetapi jika buku itu laris, pengedar pastinya bersedia menerima 30 peratus sahaja.

Dalam kes buku DBP, Dawama menawarkan diskaun 25 peratus kepada pengedar yang bukan ahlinya. Sebab itulah buku dalam stor Dawama tidak `dipandang` oleh kebanyakan pengedar.

Untuk pengetahuan, meskipun pengedar langsung mendapat diskaun lebih tinggi tetapi sebahagian diskaun itu akan dikongsikan dengan pihak sekolah. Usah terkejut jika saya katakan ada sekolah yang meminta diskaun sehingga 20 peratus. Justeru berapa yang berbaki kepada pengedar ?

Sekalipun buku berset yang diterbitkan penerbit kecil kurang bermutu banyak pengedar menggemarinya kerana diskaun yang mereka perolehi boleh mencapai 55 peratus.

Denai  on  08/30  at  01:38 AM

Terima kasih puan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  03:35 PM

puan.nak tanya..sy baru shj rancang nk cetak buku komik sendiri.berwarna ,15-20msurat. saiz A4.berapa kos utk sebuah buku?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.