Wednesday, July 04, 2007

Tip Survival Penerbit: Gubal Dasar Penerbitan

Apabila saudara mahu menjadi penerbit, sebelum memulakan operasi syarikat saudara, gubal dahulu dengan jelas dasar-dasar penerbitan saudara.

Dasar penerbitan adalah alat penurunan kuasa dan tugas daripada lembaga pengarah syarikat kepada seluruh anggota staf.

Apakah yang dikatakan 'dasar penerbitan'? Berikut adalah contoh dasar penerbitan PTS:

1. PTS hanya menerbitkan buku ilmu.

2. PTS hanya menerbitkan buku dalam Bahasa Melayu.

3. PTS hanya menerbitkan buku yang syariah-compliant.

Dasar penerbitan adalah sangat penting kerana:

1. Dasar Penerbitan membolehkan staf tahu dengan tepat apa judul yang mereka boleh terbitkan dan apa yang tidak boleh mereka terbitkan. Justeru mereka tahu pengarang yang bagaimana mereka perlu dekati ataupun jauhi.

2. Dasar penerbitan membolehkan saudara melaksanakan 'delegasi' membuat keputusan kepada staf saudara. Tanpa adanya dasar penerbitan yang jelas, semua keputusan terpaksa dirujukkan kepada saudara.

3. Dasar penerbitan yang jelas membolehkan staf saudara berfikir secara kreatif bagaimana mereka dapat melaksanakan dasar-dasar itu dengan jayanya.

4. Dasar itu dapat dijadikan asas bagi setiap program dan projek penerbitan yang dirancang oleh staf saudara.

5. Dasar itu membolehkan mereka menyampaikan taklimat dan menjawab pertanyaan dengan yakin bahawa isi taklimat itu adalah betul.

6. Penulis-penulis yang menyokong dasar penerbitan syarikat saudara akan terus setia kepada syarikat saudara.

Sebagai penerbit, apabila saudara tidak menentukan dasar-dasar penerbitan saudara, nanti staf saudara tidak tahu apa kuasa yang ada pada mereka. Ini menyebabkan staf saudara bekerja dengan 'jiwa kecil'.

Jiwa staf menjadi kecil apabila mereka tidak berani berfikir dan membuat keputusan tanpa bertanya kepada saudara terlebih dahulu akan segala sesuatu, termasuk perkara-perkara yang titik-bengik sekalipun.

Staf yang berjiwa kecil tidak dapat membangunkan syarikat penerbitan yang besar. Kata pepatah, kayu-kayu besar menghasilkan api besar.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cepat Hantar kepada Sifu Sinopsis Cerita Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji Previous entry: Berapa Banyak Skrip Drama TV yang RTM Mahukan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  01:02 PM

Asalamualaikum, Puan Sifu.

Terima kasih di atas panduan ini. Ilmu pengurusan seperti ini sukar hendak dicari dan dibaca.

Dasar penerbitan PTS mudah diingat dan diikuti. Beruntunglah sesiapa yang bekerja bersama-sama PTS.

Rihan
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: