Tip Survival Penerbit: Jaga Disiplin Kewangan - Jangan Merompak Syarikat Sendiri
Apabila saudara membuka perniagaan, jangan sekali-kali menggunakan duit syarikat bagi urusan peribadi, walau apa sekalipun alasannya. Ia adalah ibarat merompak syarikat sendiri. Ia perbuatan harakiri!Saat entri ini ditulis, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang bersiap-sedia dengan kerja-kerja pengurusan projek pembelian buku bagi tahun 2007.
Sebuah penerbit yang sepatutnya sudah menerbitkan 5 judul novel remaja 3 bulan lalu, masih belum dapat mencetak judul-judul itu. Ertinya, mungkin akan terhilanglah peluang 5 judul itu dipilih oleh PNM pada tahun ini.
Gosip-gosip yang kita dengar mengatakan, penerbit itu menggunakan wang syarikat yang sepatutnya digunakan bagi mencetak novel-novel itu bagi menolong seorang sahabat baiknya membayar hutang.
Menolong sahabat yang sedang kesempitan wang adalah perbuatan amat mulia, namun itu adalah urusan peribadi, oleh itu gunakan wang peribadi, jangan gunakan wang syarikat.
Banyak bisnes gagal, ataupun bertahun-tahun hidup terkial-kial, semata-mata disebabkan pemiliknya tidak mempunyai disiplin membezakan mana satu duit syarikat dan mana satu duit peribadi.
Jikalau sahabat baik si penerbit itu tidak dapat membayar hutangnya... nanti duit syarikat entah ke mana, sahabat pun entah ke mana.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment