Tip Survival Penerbit: Jangan Cuba Menipu Perpustakaan Negara Malaysia
Bisik-bisik dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengatakan ada penerbit yang menipu PNM, dan perkara itu amat tidak memuaskan hati pegawai-pegawai di sana.
Sebuah penerbit mendapat pesanan membekalkan sebuah karya seorang Sasterawan Negara. Contoh buku yang dihantar kepada PNM adalah edisi mewah dengan kulit tebal dan menggunakan kertas mahal, oleh itu harganya mahal.
Apabila PNM membuat pesanan sebanyak 2,000 naskhah, buku itu dicetak menggunakan kertas biasa, lalu dibekalkan kepada PNM, tetapi harga yang dikenakan tetap harga edisi mewah. Dengan itu keuntungan atas angin yang diperoleh adalah sekitar RM40,000.
Jika saudara hendak hidup lama sebagai penerbit, jangan sekali-kali melakukan penipuan seperti itu. Pegawai-pegawai PNM kenal jenis-jenis kertas!
.
.
Sebuah penerbit mendapat pesanan membekalkan sebuah karya seorang Sasterawan Negara. Contoh buku yang dihantar kepada PNM adalah edisi mewah dengan kulit tebal dan menggunakan kertas mahal, oleh itu harganya mahal.
Apabila PNM membuat pesanan sebanyak 2,000 naskhah, buku itu dicetak menggunakan kertas biasa, lalu dibekalkan kepada PNM, tetapi harga yang dikenakan tetap harga edisi mewah. Dengan itu keuntungan atas angin yang diperoleh adalah sekitar RM40,000.
Jika saudara hendak hidup lama sebagai penerbit, jangan sekali-kali melakukan penipuan seperti itu. Pegawai-pegawai PNM kenal jenis-jenis kertas!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Ibu.
Pada pandangan saya, kerja mengeluarkan LO (Local order) pada saat-saat terakhir seperti apa yang berlaku pada tahun lalu sememangnya mendedahkan kita kepada beberapa perkara.
Dalam perkara ini, pihak PNM memberikan masa hanya tiga minggu untuk membekalkan buku-buku yang dipesan sepertimana yang dialami pihak WBSB. Mereka juga tidak meminta sebutharga untuk judul yang terpilih. Apa yang kami terima adalah LO berdasarkan pada harga jualan yang didapati di kedai-kedai buku sedangkan buku-buku itu adalah buku-buku edisi terhad. Kami mengalami masalah menempah kertas khas yang digunakan dalam edisi asal dan masalah mencetak kerana seperti sedia maklum pihak pencetak agak sibuk pada akhir tahun.
Namun, pihak WBSB TELAH memaklumkan kepada pihak PNM dan menggantikannya dengan kertas altenatif (bukan simili Sabah) - ini untuk pesanan bagi buku “Ilham Tepi Tasik” dan “Rindu Ibu”. Juga dalam beberapa pesanan “terdesak” yang lain selepas itu (mereka terpaksa menghabiskan peruntukan), kami memberikan diskaun yang tinggi seperti mana yang berlaku untuk buku “Adik Datang” dan “Lantai T. Pinkie”.
Saya kira saya kenal penerbit yang dimaksudkan itu dan saya kira dia pun mengalami masalah yang sama. Cumanya cara dia menangani perkara ini berlainan dan tidak menerangkan kedudukan yang sebenar pada pihak PNM - kalau benar ia penerbit yang saya rasakan itu. Mungkin juga masa yang terhad dan mendesak itu memungkinkan kepada perkara sebegini.
Apapun, saya lebih mahu mempercayai ia adalah satu “honest mistake” bagi penerbit ini. Ia baru. Itu buku pertama yang dicetaknya.
.
Tuan Helmi,
Dalam dunia bisnes, tidak ada istilah “honest mistake” bagi pihak yang menanggung kerugian akibat “mistake” itu, apatah lagi apabila kerugian itu besar. Bagi penerbit yang belum ada pengalaman, bertanyalah dengan kawan-kawan yang sudah banyak pengalaman, apabila berdepan dengan isu-isu teknikal. Berkawan, jangan tidak berkawan. Dan dengar nasihat kawan. Apabila desas-desus di PNM itu sudah keluar dari pagar PNM, kerosakan itu sukar dibaiki.
——-
Salam Ibu.
Dan kerana itulah, sebagai kawan saya akan menasihatinya dan akan terus melobi agar pihak PNM memberikannya peluang menebus maruahnya yang tercalar itu.
.
Tuan Helmi,
Siapa yang bersalah, dialah yang mesti pergi sendiri, mengaku bersalah dan meminta maaf, bukan orang lain, jika orang lain, nanti masalah yang ada tidak selesai, timbul pula masalah baru….
Saya pernah bekerja selama 15 tahun di salah sebuah syarikat percetakan antarabangsa, dan kebetulan menjaga bahagian pengeluaran buku (production). Tidak dinafikan, kadang-kadang ada kes ‘tersalah kertas’ ini bukannya disebabkan oleh salah penerbit, tetapi salah pencetak.
Katakanlah tempahan buku itu 20000 buah. Apabila berlaku kesilapan cetak, kertas asal tidak mencukupi. Jadi untuk mencukupkan kuantiti tempahan, terpaksalah digunakan kertas alternatif yang kualitinya sama atau lebih baik.Tetapi biasanya, jumlah buku yang dicetak ini hanyalah sekitar ratusan buah sahaja. Jika kesilapan besar yang menyebabkan angkanya meningkat kepada ribuah buah, pihak jualan (sales) akan memberitahu pelanggan.
Tidak dinafikan, ada sesetengah syarikat yang mencampurkan kertas yang rendah kualitinya. Saya pernah melihatnya ketika menyusun buku di kedai saya (bukan buku PTS). Mungkin si pencetak cuba menipu kerana buku itu dibalut plastik (shrinkwrap), tetapi pengguna yang bijak boleh menilainya.
Saya mencadangkan kepada sesiapa yang terlibat dengan penerbitan buku supaya membuat pemeriksaan rawak (random check) apabila menerima buku-buku dari pencetak.
Nota:
Beberapa tahun dahulu, syarikat Disney telah membatalkan buku tempahan mereka dari penerbit dan pencetak China kerana mereka telah mencetak buku di atas kertas yang lebih rendah kualitinye berbanding ketika mereka menyedikan ‘mock up’ dan ‘advance sample’. Tempahan itu kemudiannya diberikan kepada syarikat tempat saya bekerja itu dengan jumlah tempahan 100,000 buah. Kerana itulah, apabila Mattel menarik balik 3 jenis permainan kerana masalah cat (paint), saya percaya syarikat di China itu menggunakan taktik buruk yang sama…
Saifuddin Awang.
Kemaman.
Post a comment