Sunday, July 01, 2007

Tip Survival Penerbit: Jangan Lebih 2 Keping

Apabila saudara hendak menerbitkan buku ataupun majalah bacaan kanak-kanak, harganya tidak boleh lebih daripada RM10.00. Jikalau lebih, ibu bapa berasa harga itu amat mahal bagi buku kanak-kanak.


Apabila saudara hendak menerbitkan buku ataupun majalah bagi bacaan remaja, harga jualannya jangan lebih daripada RM15, sebab remaja tidak mempunyai banyak wang. Ini bermakna buku ataupun majalah saudara jangan lebih daripada 150 halaman bercetak.


Jika saudara menerbitkan buku ataupun majalah untuk bacaan gadis kilang dan gadis pejabat, harganya jangan lebih daripada RM20, sebab pendapatan mereka tidak tinggi.


Apabila menetapkan harga bagi kumpulan remaja dan gadis pejabat, jangan sampai mereka terpaksa mengeluarkan 2 keping wang merah. Daripada segi psikologi apa-apa buku yang dijual dengan harga lebih daripada RM20, mereka akan rasa buku saudara itu amat mahal walaupun perbezaan harga itu adalah antara RM19.90 dengan RM21.00


Jika saudara menerbitkan buku untuk golongan profesional dan orang bisnes, mereka mempunyai wang yang lebih banyak, jadi saudara boleh mencetak buku yang lebih tebal.


Jika saudara menerbitkan buku untuk perpustakaan, saudara boleh meletakkan harga yang lebih tinggi, sebab pustakawan yang membeli buku itu membayarnya dengan menggunakan wang kerajaan ataupun syarikat, bukan wangnya sendiri.


.


.


 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Curahan Perasaan Previous entry: Nota untuk Trainer-Penulis PTS: Memenuhi Pengharapan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/01  at  01:13 PM

Pn Sifu,

Terdapat penerbit yang menerbitkan buku hanya untuk perpustakaan sekolah sahaja.

Seperti kata sifu, memang mereka boleh meletakkan harga sewenang-wenangnya, maka saya dapati kebanyakan buku mereka dalam kategori teramat mahal terutama buku berset.

Buku setebal 60 muka surat dikumpulkan enam judul dalam satu set dijual syarikat itu RM59.90 dengan diskaun (Indonesia diskon) 15 peratus kepada sekolah.

Ini bermakna bagi setiap satu buah/judul buku itu dijual dengan harga RM9.98 yang telah pun saya ketahui kos percetakannya dalam lingkungan RM RM2 sahaja.

Harga satu hal tetapi yang menyebabkan saya enggan membelinya kerana kesalahan tatabahasa sudah boleh ditemui di muka surat pertama lagi.

Tapi yang merimaskan saya ialah tidak lama selepas itu buku berkenaan pasti tersenarai dalam projek kementerian Pendidikan atau PNM.

Syukurlah… saya tidak lagi menjadi guru sekarang.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: