Saturday, August 25, 2012

Tip Survival Penerbit: Kawal Bajet Percetakan

Dalam kalangan penerbit baru, salah satu aspek bisnes yang lazimnya tidak dikawal adalah bajet percetakan.

Sebagai contoh, disebabkan kita mempunyai 5 manuskrip yang kita yakin laku dijual, ditambah pula ada pencetak yang sanggup mencetak buku-buku itu dengan memberi kredit, maka kita pun mencetak semua 5 judul itu.

Katakanlah kos mencetak setiap judul itu adalah RM4k. Ini bermakna hutang percetakan kita pada bulan itu adalah RM20k.

Apa yang berlaku nanti adalah, 3 bulan kemudian tempoh kredit pencetak sudah matang. Ertinya, hutang kepada pencetak sebanyak RM20k itu wajib dibayar. Sedangkan dalam tempoh 3 bulan itu:

1. Kita belum dapat menjual semua buku yang dicetak, baki dalam setor masih banyak.

2. Kedai-kedai pula belum membayar hutang buku-buku yang kita bekalkan kepada mereka.

Dalam keadaan seperti inilah aliran tunai kita tercekik.

Bajet percetakan kita mesti dikawal dengan ketat. Ini bagi memastikan kita mempunyai tunai yang cukup bagi membayar hutang pencetak yang matang tiap-tiap bulan.

Jika kita hanya mampu mencetak 2 judul sebulan, maka cetak 2 judul sahaja. Yang penting adalah, tiap-tiap bulan kita menerbitkan judul baru.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Biar Terkurang Cetak, Jangan Terlebih Cetak Previous entry: Tip Survival Penulis Sastera Remaja: Elakkan Unsur-Unsur Trendi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/26  at  03:26 AM

Salam Pn Ainon,

Saya sangat berminat mengongsi pengetahuan dan pengalaman dalam kesihatan umum yang dikaitkan dengan asas dari sunnah. Saya sedang menulis mengenai demam, dengan tajuk ‘demam sebagai kawan baik anak anda’. Ia asalnya dirancang untuk cetakan buku-mini, di kedai fotostat sahaja, khusus untuk peminat2 dan klien saya di sekitar Serdang/ UPM.
Antara tajuk lain dalam rancangan saya:
1. Mempersiapkan psikologi anak-anak menghadapi perceraian anda
2. Diabetis, rawatan dengan pengetahuan.
3. Meningkatkan Sistem imun anak anda
4. Batuk dan selsema, perlukah ubat?
5. Stress sebagai punca pelbagai penyakit.

Saya tidak mempunyai asas khusus menulis, dan meminta pandangan Puan jika minat membimbing saya.
Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.