Monday, July 27, 2009

Tip Survival Penerbit: Sumber-sumber Kewangan Penerbit Buku

Sebagai penerbit buku, PTS beroperasi dengan menggunakan duit-duit 5 pihak utama seperti berikut:

(i) Duit modal yang dikeluarkan oleh ahli-ahli lembaga pengarah, yang disebut dengan istilah 'modal berbayar'. (Pada hari ini modal berbayar PTS adalah RM1.5 juta dan akan dinaikkan menjadi RM3 juta pada tahun 2010).

(ii) Duit syarikat-syarikat pencetak yang memberi kredit selama 90 hari. (Pada masa ini hutang PTS kepada syarikat-syarikat pencetak adalah RM3 juta.)

(iii) Duit bank-bank yang memberikan kemudahan hutang (bank facility) khusus bagi membayar pencetak. (Bank membayarkan hutang-hutang PTS kepada pencetak, dan PTS membayar hutang bank.)

(iv) Duit bank-bank yang digunakan bagi membeli bangunan PTS di Dolomite Industrial Park, Batu Caves, Kuala Lumpur. (Nilai hutang pembelian bangunan PTS adalah RM5.7 juta.)

(v) Ada satu lagi pihak yang 'meminjamkan' wang mereka kepada PTS. Mereka adalah penulis-penulis PTS, iaitu melalui wang pembayaran royalti yang tertangguh, kerana royalti dibayar sekali setahun. Ertinya, wang royalti penulis-penulis PTS digunakan bagi mengulangcetak dan menerbitkan buku-buku baru, sehingga tiba tempohnya apabila royalti dikira dan dibayarkan kepada penulis.

Terakhir adalah duit daripada keuntungan jualan buku-buku terbitan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Strategi PTS Mengutip Hutang Previous entry: Poster Kempen Promosi Buku-buku Agama PTS
nixk  on  07/27  at  03:41 AM

Sifu,

Sungguh telus sifu menghuraikan mengenai perkara ini.Fuh..saya vote sifu untuk jadi menteri dimasa hadapan, untuk gantikan menter-menteri yg tercalar imej dan korup.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/27  at  05:33 AM

Puan,

Bagaimana ‘pelajar’ yang tidak masuk kelas seperti saya boleh membantu sebagai membalas budi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.