Thursday, May 13, 2010

Tip Survival Penerbit: Kesan Saiz Kedai Buku ke atas Perancangan Judul

Kedai buku tidak dapat mempamerkan semua judul yang diterbitkan oleh para penerbit. Ruang kedai buku adalah terhad. Jadi, kedai buku terpaksa memilih-milih buku apa yang mereka sanggup pamerkan. Sudah tentu faktor yang paling penting adalah memilih buku yang laku keras sahaja.

Justeru penerbit perlu mengetahui judul yang bagaimana yang kedai buku mahukan.

Apabila para penerbit terlalu banyak menerbitkan buku baru, salah satu kesannya adalah buku-buku itu tidak dapat dipamerkan lama-lama di rak. Buku-buku itu terpaksa dipulangkan kepada penerbit disebabkan ruang itu diperlukan bagi mempamerkan judul-judul baru, yang baru sahaja tiba dari gudang penerbit.

Di Malaysia, lazimnya kedai buku akan mempamerkan sesuatu buku antara 60 - 90 hari, jika tidak laku, buku itu dipulangkan kepada penerbit.

Di Taiwan, disebabkan industri penerbitan di negara itu jauh lebih aktif dari Malaysia (walaupun jumlah penduduknya sama banyak), kedai buku akan memulangkan buku selepas sebulan setengah sahaja.

Di Amerika, kedai buku memulangkan buku hanya selepas beberapa minggu sahaja.

Di Indonesia, pasaran buku di sana sudah mula menuju ke arah trend seperti itu. Jika pada minggu pertama buku itu tidak bergerak laju, ia akan segera dipindahkan ke rak belakang.

Keadaan seperti itu akan berlaku juga di negara ini apabila jumlah penerbit semakin banyak, dan jumlah judul yang diterbitkan juga semakin banyak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Travelog Cinta Abadi: Testimoni Orang Terengganu - Isteri Seorang Akauntan Previous entry: Penswastaan DBP-DAWAMA: Sampai Bila Kegagalan akan Dibiarkan
Syaizul Amal  on  05/14  at  07:29 AM

Saya sangat prihatin terhadap perkara ini. Sebagai pengurus kepada penulis, saya sentiasa mahukan buku kai berada diatas rak.

Konsep 80-20 akan berlaku dikalangan penulis-penulis PTS sendiri. Hanya 20 peratus buku sahaja yang bakal dipamerkan dan 80 peratus lagi akan dijual secara “on demand” / “perlu carian”.

MPH tidak akan mampu untuk mengembangkan lagi ruang rak pameran. Jadi, saya menjangkakan buku-buku yang terpamer akan mengikut prioriti berikut :

1) Buku promosi.
2) Buku baru terbit.
3) Buku laris.
4) Buku bersiri [Laris].
5) Buku daripada penulis popular.
6) Buku jualan “evergreen”.

Faktor 1,2,3 dan 6 tidak dibawah bidang kuasa saya. Saya hanya boleh memaksimumkan faktor 4 dan 5.

Wasalam
Syaizul
Pengurus AinMaisarah

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: