Monday, April 16, 2007

Tip Survival Penerbit: Kos Membuka Akaun Outlet Baru

Banyak peminat PTS mengeluh kedai buku berhampiran tempat tinggal saudara tidak menjual buku-buku PTS. Keluhan begitu memang sudah dimaklumi.

Semua penerbit mahu setiap kedai buku yang ada di negara ini menjadi outlet buku-buku terbitannya. Lebih banyak outlet, lebih tinggi jumlah naskhah yang terjual.

Habis, apa yang menyekat penerbit daripada menghantar buku-buku yang berlonggok dalam setornya daripada dihantar ke kedai-kedai buku di seluruh negara?

Jumlah agen PTS sekarang adalah sekitar 400 buah, termasuk di Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Jumlah ini akan terus ditambah sedikit demi sedikit.

Kos membuka outlet baru amat mahal. Begini:

Apabila PTS sudah mengenal pasti kedai baru, PTS mesti menghantar stok buku ke kedai itu. Kalau jumlah judul yang dihantar itu sedikit, orang tidak perasan buku-buku PTS sudah ada dalam kedai itu.

Kalau dihantar banyak, buku laku tetapi ini bermakna kredit yang diberikan untuk kedai itu melambung!

Kedai buku diberi kredit 3 bulan. Ini bermakna selama tiga bulan, PTS akan terus membekalkan stok buku-buku baru ke kedai itu dengan tidak dapat mengutip hutang walaupun RM1 ringgit! Ini dilakukan meskipun PTS terpaksa membayar hutang matang syarikat-syarikat pencetak yang mencetak buku-buku itu.

Bagi kedai-kedai buku sederhana besar, purata kredit yang perlu diberikan adalah RM100 ribu setiap 1 kedai. Jadi, bagi membuka 10 kedai outlet baru, modal PTS adalah RM1 juta.

Inilah faktor mengapa PTS tidak dapat membuka lebih daripada 10 akaun outlet baru setahun. Jika PTS gelojoh mahu membuka lebih daripada itu, cash-flow PTS tercekik. Maka berlakulah fenomena di mana buku laku tetapi penerbit tutup bisnes.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Program "BICARA PENULIS" bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof Previous entry: PENGUMUMAN AKTIVITI : Asas Penulisan Berkesan Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWT

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: