Tuesday, May 31, 2011

Tip Survival Penerbit: Mengapa PTS Melatih Pembekal Manuskripnya

Sebagaimana dalam bisnes-bisnes lain, bisnes penerbitan buku juga menggunakan strategi perniagaan.

Pada dasarnya, ada 2 perkara pokok dalam apa jua strategi bisnes:

(i) Mengkaji apa keperluan dan kehendak pasaran - pendek kata, penerbit mesti membuat kajian bagi mengetahui orang ramai mahu buku yang macam apa.

(ii) Menghasilkan produk-produk yang diperlukan oleh pasaran pada harga yang berpatutan - yakni menerbitkan buku-buku yang dikehendaki oleh pembeli dan harganya tidak boleh terlalu mahal

Maklumat berkenaan 2 perkara itu wajib diberitahu kepada penulis kerana mereka adalah pembekal manuskrip yang yang diterbitkan menjadi buku yang laku keras jualannya.

Penulis wajib tahu buku-buku bagaimana yang dikehendaki oleh pekedai buku dan pembeli buku. Kalau pembaca mahukan buku itu tetapi pekedai tidak berminat mempamerkannya, buku itu akan berlonggok di dalam gudang penerbit.

Begitu juga, kalau pekedai mahu mempamerkan buku tetapi pembeli tidak mahu membelinya, buku-buku itu akan dipulang kepada penerbit sebagai buku tak laku.

Justeru, sangat penting supaya penulis menghasilkan manuskrip yang apabila sudah diterbitkan menjadi buku para pekedai mahu mempamerkannya dan para pembeli pun mahu membelinya.

Nota: Foto menunjukkan Tuan Imran Azmi, Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. memberi taklimat kepada penulis-penulis PTS yang berminat menulis bagi diterbitkan oleh anak syarikat itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kempen Baca@Ramadan Disokong oleh 114 Buah Kedai Buku Previous entry: Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: