Tuesday, May 18, 2010

Tip Survival Penerbit: Memilih Acara yang Layak Diberi Tajaan

Sebagai penerbit buku kita kerap menerima surat-surat yang meminta kita menaja pelbagai acara dan majlis yang dianjurkan oleh pelbagai pihak kerana mereka percaya syarikat mempunyai banyak wang.

Ada pihak yang terus menuliskan jumlah wang yang mereka mahu kita berikan kepada mereka atas nama 'penaja' program yang mereka anjurkan. Ada yang menulis supaya kita beri RM5 ribu, malah ada yang mahukan RM10 ribu.

Berikut adalah tip memilih surat yang tidak perlu dilayan:

1. Program itu tidak akan menaikkan jumlah jualan buku-buku kita.

Sebagai contoh, program "Kembara Buku" anjuran pihak-pihak yang berkait rapat dengan parti politik. Bunyinya macam ada kaitan dengan kempen membaca buku, tetapi lazimnya para peserta program-program kembara seperti itu adalah anak-anak muda yang bukan terdiri daripada pembeli buku. Mereka cuma suka berseronok-seronok sesama mereka.

2. Program itu dijalankan jauh dari Lembah Kelang.

Acara di luar Lembah Kelang tidak akan dihadiri oleh wartawan dari media di Kuala Lumpur. Oleh itu ia tidak akan dilaporkan dalam edisi nasional. Kalau nasib baik ia cuma dilaporkan untuk edisi wilayah sahaja.

3. Majlis itu tidak dianjurkan oleh pihak-pihak yang amat penting bagi survival bisnes kita.

Sebagai penerbit buku, ada pihak sangat relevan dengan survival bisnes kita, ada yang tidak. Jika majlis itu dianjurkan oleh "Persatuan Pekedai Buku", maka sumbangan kepada majlis itu adalah relevan kepada bisnes kita. Jika majlis itu dianjurkan oleh "Persatuan Belia 1Malaysia", ia tidak relevan.

4. Majlis itu diadakan pada hujung minggu.

Lazimnya, wartawan tidak akan datang membuat liputan pada majlis pada hujung minggu disebabkan mereka bercuti.

5. Majlis itu tidak mempunyai USP (unique selling point).

Acara yang tidak mempunyai USP tidak mempunyai nilai berita, justeru tidak menarik minat wartawan. Jika majlis itu adalah "Pesta Melukis Kanak-Kanak", ia tiada USP.

6. Majlis itu dirasmikan oleh tokoh politik.

Majlis yang dirasmikan oleh tokoh politik akan di-hijack oleh tokoh politik itu. Wartawan akan melaporkan statement yang dibuat oleh tokoh politik itu, bukan melaporkan majlis tersebut, apatah lagi menyebut nama syarikat kita sebagai penaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M untuk Musim Raya Sudah Mula Dicetak Previous entry: Buku-buku Baru untuk Kempen Membaca Bulan Ramadan
Nazri  on  05/20  at  08:04 AM

Saya setuju dengan sifu. Bukan saja penajaan, sumbangan dan derma biasa juga diterima…

Penerbit popular seperti PTS memang ramai peminat…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.