Sunday, December 12, 2010

Tip Survival Penerbit: Memilih Desain Cover Buku Remaja Awal

Menjual buku kepada remaja adalah kerja yang sukar. Mereka belum mempunyai citarasa yang stabil. Malah mereka belum pasti apa yang bagus untuk diri mereka sendiri.

Citarasa remaja sentiasa berubah-ubah. Mereka juga mudah terpengaruh kepada pendapat dan citarasa rakan sebaya.

Dari satu sudut, disebabkan citarasa remaja tidak stabil, maka ia memudahkan penerbit mempengaruhi citarasa mereka supaya menyukai apa yang dihidangkan oleh penerbit.

Remaja sangat mementingkan kecantikan buku yang mereka mahu beli. Oleh sebab itu, desain cover sangat mustahak dibuat dengan memahami jiwa rermaja.

Cik Nurismaliza Ismail (foto), atau nama timangan beliau - Cik Ann - adalah ketua Unit Teen di PTS Professional Sdn. Bhd. Beliau juga adalah editor buku kanak-kanak dan remaja awal yang paling luas pengalaman dalam penerbitan genre itu.

Beliau memberi tip bagaimana menghasilkan desain kulit buku yang disukai oleh remaja awal.

Menurut Cik Ann, remaja awal tidak suka desain yang kompleks. Mereka mahukan desain yang mereka rasa mereka juga dapat menghasilkannya.

Antara barisan produk PTS yang beliau hasilkan dan sangat berjaya dalam pasaran adalah siri Usahawan Cilik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS akan Menubuhkan "Kelab Persahabatan dan Kerjasama" di Kalangan Pengusaha Kiosk Buku Previous entry: Siri 'Usahawan Cilik' Masih Diteruskan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.