Friday, September 07, 2012

Tip Survival Penerbit: Panduan Memilih Desainer Kulit Buku

 

 

 

 

 

 

 

 

Penerbit yang masih kecil tidak perlu mempunyai desainer in-house. Lebih baik menggunakan desainer freelance yang banyak dalam pasaran.

Gunakan beberapa orang desainer, bukan hanya seorang ataupun 2 orang sahaja.

1. Konsep buku yang berbeza-beza memerlukan bakat desainer yang berbeza-beza. Buku agama yang ditargetkan kepada ustaz-ustaz memerlukan bakat desainer yang berbeza daripada buku agama yang ditargetkan kepada remaja perempuan. Ada desainer yang tidak pandai menghasilkan desain untuk perempuan.

2. Desainer yang sama sukar menghasilkan konsep desain yang baru dan segar dari waktu ke waktu.

3. Desainer freelance cenderung mengambil kerja-kerja dari beberapa penerbit. Risiko desain kulit buku kita 'serupa dan sama' dengan buku-buku terbitan syarikat lain akan menjadi lebih serius apabila kita bergantung kepada seorang dua desainer sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Kos Hospitaliti Previous entry: Tip Survival Penerbit: Pasaran Eksiklopedia

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.