Sunday, February 13, 2011

Tip Survival Penerbit: Memilih Kru Gudang

Foto di atas menunjukkan beberapa kru gudang PTS sedang berehat selepas makan tengah hari, sementara menunggu jam 2 petang apabila mereka kembali ke tempat tugas masing-maisng.

Pada saat ini kru gudang PTS berjumlah 36 orang.

Dalam mana-mana syarikat, kru gudang adalah kelompok staf yang paling sukar dijaga supaya setia dengan syarikat, yakni tidak berhenti kerja.

Insiden kru gudang berhenti kerja menjadi sangat tinggi disebabkan banyak faktor:

(i) Gaji mereka adalah yang paling rendah dalam syarikat.

(ii) Tempat kerja mereka adalah yang paling tidak selesa, yakni panas kerana tiada pendingin hawa.

(iii) Kerja-kerja yang mereka jalankan adalah yang paling berat.

(iv) Usia mereka adalah yang paling muda.

PTS cuba menambat hati kru gudangnya supaya suka berkhidmat lama dengan PTS dengan menggunakan 2 startegi:

(i) Bagi mendapatkan staf gudang baru, dasar pengurusan PTS amat menggalakkan supaya staf PTS memperkenalkan keluarga dan saudara-mara mereka sendiri sebagai calon kru.

(ii) Memberikan mereka peluang membuat kerja-kerja OT (overtime) dalam gudang PTS sendiri. Ini hanya dapat dilakukan apabila jabatan editorial PTS menghasilkan buku-buku yang sangat laku sehingga jabatan sales menerima pesanan yang banyak dari agen dan kedai-kedai buku.

Kru gudang memainkan peranan yang sangat penting kerana hanya kru yang berpengalaman sahaja yang dapat mengingat setiap satu judul buku dan lokasi di mana rak mana setiap judul buku itu disimpan.

Sehingga saat ini PTS sudah menerbitkan lebih 2 ribu judul buku. Ini bermakna kru gudang perlu mempunyai ingatan yang cekap berkenaan setiap judul buku, rupa kulit buku, dan di rak mana buku itu disimpan, serta sama ada stok buku itu masih ada ataupun sudah habis. Jika tidak, proses mencari buku dan mengambil buku itu menjadi lambat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: AinMaisarah Menubuhkan Syarikat Penerbitan Blink Books Sdn. Bhd.

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.