Saturday, September 20, 2008

Tip Survival Penerbit: Memilih Saiz Buku

Banyak faktor memainkan peranan menentukan kejayaan buku dalam pasaran kedai buku. Saiz buku adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan sesuatu buku itu laku dijual di dalam kedai-kedai buku ataupun sebaliknya.

Katakanlah, saudara merancang mahu menerbitkan novel, tetapi bukan novel cinta seperti persisnya novel-novel Alaf21. Katakanlah, novel yang akan saudara terbitkan itu adalah novel cinta Islami.

Jika saudara mahu menggunakan saiz yang serupa dengan saiz novel-novel Alaf21, novel saudara itu akan dipamerkan oleh pekedai di rak yang sama dengan rak novel-novel cinta Alaf21.

Apabila novel saudara duduk sebaris dengan novel-novel cinta Alaf21 mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Kelebihan yang paling jelas adalah, novel saudara itu diletakkan di tempat yang strategik. Pembeli novel-novel Alaf21 akan ternampak novel saudara, harap-harap mereka akan membelinya.

Alaf21 menggunakan saiznya sekarang sebab saiz itu mula-mula digunakan oleh novel-novel Creative. Dengan menggunakan saiz yang serupa, novel-novel Alaf21 dapat berkongsi rak dengan novel-novel Creative di dalam kedai buku. Strategi ini ditiru oleh Times, Utusan, dan lain-lain.

Kelemahan duduk sebaris dengan novel-novel Alaf21 adalah bakal pembeli saudara belum apa-apa sudah mempunyai persepsi novel saudara itu serupa sahaja isinya dengan novel cinta Alaf21. Pembeli buku yang tidak suka pada novel Alaf21 tidak akan ke rak itu. Maka mereka takkan terjumpa buku saudara.

Lazimnya purata pembeli novel cinta membeli antara 1 ataupun 2 judul sahaja sebulan. Tetapi pada hari ini jumlah novel cinta yang diterima oleh kedai-kedai adalah antara 15 hingga 20 judul setiap bulan. Akibatnya, rak-rak novel cinta sudah sempit.

Apabila berdepan dengan pilhan yang terlalu banyak, manusia malas hendak menyemak setiap pilihan sebelum membuat keputusan. Lalu secara heuristik, mereka berpatah balik kepada pengalaman lalu, yakni memilih nama-nama pengarang yang mereka sudah selesa, kerana mereka tidak mahu mengambil risiko terbeli novel tidak bermutu. Jalan paling selamat adalah memilih nama-nama yang sudah terkenal.

Jadi, lebih baik saudara tidak menggunakan saiz yang serupa dengan novel-novel cinta Alaf21, ya tidak ya, novel saudara bukan sebarang novel cinta, tetapi novel Islami.

TETAPI, jika saudara menggunakan saiz yang lebih besar, sebagaimana saiz novel-novel DBP, novel saudara akan diletakkan di rak lain sebab novel saudara tidak muat  jika hendak diletakkan di rak novel Alaf21.

Akibatnya, novel saudara duduk tersorok dan terselit di antara buku-buku agama, buku motivasi, keibu-bapaan, bisnes, politik dan lain-lain lagi.

Salah satu tingkah laku pembeli novel cinta adalah mereka itu tidak pergi melihat-lihat buku yang dipamerkan di rak-rak selain rak novel cinta sahaja. Mereka tidak pergi ke rak kategori lain. Jadi mereka tidak akan ternampak novel saudara itu.

Penerbit pula tidak dapat mencadangkan kepada kedai supaya menyediakan rak khas untuk novel-novel Islami. Di rak mana tuan kedai mahu pemerkan buku, itu adalah hak tuan punya kedai buku itu. Banyak faktor diambil kira oleh kedai sebelum dia mahu membuka rak khas untuk sesuatu kategori buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kisah Buku PTS, Prof. Kamil dengan Puan Roza Previous entry: Edisi Indonesia
Pustaka Munirah  on  09/20  at  01:34 PM

Puan,

Kenapa tak seragamkan sahaja saiz buku PTS mengikut kategori. Saya dapati buku PTS One pun ada yang berlainan saiz. Alangkah eloknya jika saiznya sama…senang dan cantik untuk disusun.

Saya cadangkan PTS buat 3 saiz sahaja mengikut kategori buku (kanak-kanak, remaja dan dewasa/umum).
Bagi saya, saiz A5 adalah saiz yang paling digemari.


Saifuddin Awang

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: