Tuesday, February 15, 2011

Tip Survival Penerbit: Mencipta Trend Baru Desain Kaver Novel Remaja

Pada masa ini pasaran novel remaja sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Ini mendorong (i) timbulnya lebih banyak nama-nama penulis baru, dan (ii) lebih banyak penerbit menceburi sektor ini.

Perkembangan sektor novel remaja mendorong semua penerbit yang sudah lama bertapak ikut menerbitkan novel remaja. Ada penerbit yang baru muncul juga masuk pasaran ini. Situasi ini mendorong kedai-kedai buku membuka rak-rak khas bagi mempamerkan buku-buku remaja sahaja.

Kajian pasaran yang dilakukan oleh PTS mendapati setiap bulan lebih 10 judul baru kategori novel remaja dan awal remaja dipamerkan di kedai-kedai buku. Jumlah bekalan itu melebihi keupayaan pembeli kerana remaja membeli buku menggunakan duit saku sekolah. Jadi, pilihan remaja sangat terbatas.

Remaja yang mampu membeli buku-buku bacaan tambahan adalah mereka yang datang daripada kelas menengah. Purata seorang remaja mampu membeli satu judul sahaja sebulan. Ini bermakna, daripada 10 judul baru yang dipamerkan di kedai, hanya 1 judul sahaja yang akan dipilih oleh remaja itu.

Apabila berlakunya lebihan bekalan, peranan desain cover menjadi sangat penting.

Pemerhatian yang dilakukan oleh Tn. Syaizul Amal, pengurus novelis remaja paling top AinMaisarah, beliau melaporkan bahawa remaja perempuan sangat terpengaruh oleh desain cover. Menurut beliau lagi, banyak remaja perempuan memilih buku semata-mata disebabkan mereka tertarik dengan desain covernya. Ini berlaku dalam kalangan remaja yang baru sahaja hendak membaca buku dalam bahasa Melayu oleh itu mereka belum menjadi peminat tegar kepada mana-mana nama pengarang.

Citarasa remaja sangat cepat berubah-ubah. Ini menyebabkan desain cover buku remaja tidak boleh tidak berubah-ubah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fungsi Unit Produksi PTS Previous entry: Tip Survival Penerbit: Kawalan Hutang

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.