Tip Survival Penerbit: Menerbitkan ‘Buku Cerita Remaja’ vis-a-vis ‘Buku Sastera Remaja’
Buku-buku cerita untuk bacaan remaja sangat mudah di-replicate. Penulis yang masih muda remaja pun sudah dapat menulis buku-buku cerita remaja.
Ini adalah salah satu realiti dunia bisnes penerbitan buku-buku cerita bagi bacaan remaja dan kanak-kanak.
Disebabkan novel remaja sangat mudah di-replikat, akibatnya jika hari ini kita berjaya membuka pasaran buku-buku remaja, beberapa bulan kemudian akan muncul penerbit lain yang ikut menerbitkan buku-buku kategori itu.
Inilah yang sedang berlaku sekarang. Inilah yang sedang dialami oleh PTS ONE Sdn. Bhd., penerbit buku-buku kreatif untuk bacaan remaja dan kanak-kanak yang paling aktif dalam pasaran.
Kejayaan PTS membuka pasaran buku remaja mendorong banyak penerbit ikut sama menerbitkan buku-buku kategori ini, suatu trend yang sihat, yang menguntungkan semua pihak dalam industri ini.
Buku-buku cerita adalah komoditi. Penerbit yang hanya menerbitkan "buku-buku cerita" adalah pedagang komoditi. Sesiapa yang mempunyai modal dapat menjadi pedagang komoditi.
Banyak penulis dapat menulis buku-buku komoditi. Justeru bekalan manuskrip komoditi sangat banyak. Lambakan novel komoditi sudah lama berlaku dalam sektor novel cinta.
Disebabkan novel komoditi mudah dihasilkan, maka banyak penulis menghantar manuskrip komoditi kepada penerbit. Inilah yang membolehkan sesiapa yang mempunyai wang dapat menjadi penerbit buku-buku komoditi.
Inilah faktor yang menyebabkan setiap bulan antara 25 hingga 30 tajuk novel popular diterbitkan dan dibekalkan kepada kedai-kedai buku, baik oleh penerbit terkenal mahupun yang tidak terkenal.
Saat ini sektor novel remaja sedang mula mengalami fenomena yang serupa. Perkembangan pasaran novel remaja yang bagus mendorong banyak penulis novel remaja muncul. Banyak yang menghasilkan manuskrip yang rendah mutu bahasanya, justeru bertaraf komoditi sahaja.
Novel komoditi tetap laku dalam pasaran. Penerbit novel komoditi dapat membuat keuntungan yang banyak.
Penulis buku-buku komoditi datang dan pergi. Hari ini nama-nama penulis komoditi dapat menjual puluhan ribu naskhah, namun dalam tempoh tidak lama, nama-nama penulis komoditi baru pula muncul dan menggantikan nama-nama mereka.
Faktor yang membezakan sesebuah 'buku cerita komoditi' dengan sesebuah 'sastera remaja' adalah pada gaya bahasanya.
Ringkasnya, yang dikatakan sastera itu ada pada bahasanya. Cerita yang sama boleh ditulis sebagai komiditi ataupun sebagai karya sastera.
Karya sastera amat sukar di-replicate. Penulis dewasa pun belum tentu dapat menulis karya sastera remaja, jangankan penulis-penulis remaja. Malah penulis "sastera berat" sekalipun belum tentu dapat menghasilkan karya "sastera remaja".
Buku-buku sastera remaja ditulis dengan menggunakan gaya bahasa sastera. Inilah faktor yang membolehkan sastera remaja dapat bertahan lama dalam pasaran.
Penerbit yang mahu survive lama dalam pasaran buku bacaan remaja perlu menerbitkan buku-buku yang beraraf sastera remaja. Demikian juga penulis sektor ini. Bagi membolehkan mereka menerima royalti yang berpanjangan, mereka perlu menghasilkan karya sastera remaja, bukan setakat buku cerita remaja.
Akhirnya, karya sastera remajalah akan evergreen dalam pasaran dan dalam hati pembaca remaja, serta mendatangkan sumber royalti yang berpanjangan....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-320x484.jpg)


Assalamualaikum pn.Ainon yang baik hati dan yang rajin berkongsi. Semoga puan sentiasa sihat hendaknya, amin.
Puan, berkaitan entri ini, saya ingin tahu beberapa perkara iaitu :
1- Apakah yang membezakan ‘buku cerita’ dan karya satera untuk remaja tersebut? Maksud saya apakah garis panduan yang boleh diikuti supaya penulis tidak selalu terleka menulis hanya dalam genre ‘buku cerita remaja’.
2- Apakah novel-novel ataupun bahan bacaan yang berunsurkan sastera remaja yang bagus untuk puan syorkan supaya lebih jelas untuk kami fahami beza kedua genre ini.
Terima kasih atas maklumbalas dan perkongsian ilmu daripada puan. Saya sangat menghargainya. Wassalam.
salam, puan.
saya berminat dalam bidang penulisan walaupun saya tidak mempunyai kelulusan dalam bidang ini.
saya ingin bertanya, boleh ke jika saya ingin menyertai bidang penulisan dan mengarang buku untuk kanak-kanak atau novel?
Post a comment