Tip Survival Penerbit: Mengurus Risiko Menerbitkan Buku Motivasi Belajar
PTS banyak menerima manuskrip buku motivasi belajar. Pelajar yang baru lulus universiti pun sudah ada yang menulis buku motivasi belajar.
Menerbitkan buku-buku motivasi belajar adalah bisnes yang tinggi risikonya. Ini realiti yang jarang disedari oleh penerbit yang baru terjun ke dalam industri penerbitan.
Pasaran buku motivasi belajar adalah pasaran Laut Merah. Buku-buku begitu sudah banyak dalam pasaran. Semua penerbit ada menerbitkan buku seperti itu. Penerbit buku-buku agama pun menerbitkan buku-buku motivasi belajar.
Ciri buku motivasi belajar yang menguntungkan adalah:
(i) Pengarangnya mempunyai nama yang terkenal.
(ii) Pengarangnya amat aktif menjalankan ceramah dan latihan di sekolah-sekolah.
(iii) Pengarangnya kerap muncul di TV.
Data yang dianalisis oleh jabatan sales PTS menunjukkan buku-buku motivasi belajar lebih banyak dijual oleh pengarangnya sendiri daripada terjual di kedai-kedai buku. Dr. Tengku Asmadi dan Tn. Osman Affan sangat aktif dalam pasaran seminar motivasi pelajar disebabkan mereka melakukannya sepenuh masa. Nama mereka juga sangat besar dalam pasaran.
NOTA: Buku-buku motivasi belajar yang ditulis oleh guru-guru yang masih bekerja sepenuh masa di sekolah susah dijual kerana si guru tidak dapat menjalankan banyak seminar untuk para pelajar, oleh itu dia tidak dapat menjual bukunya sendiri. Justeru, adalah sangat berisiko menerbitkan buku seperti itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Post a comment