Tip Survival Penerbit: Mengapa PTS Tidak Dapat Memberi Diskaun Lebih Tinggi kepada Kedai Buku
1. PTS membayar zakat perniagaannya tiap-tiap bulan. Zakat itu adalah berdasarkan jumlah sebenar hutang yang dapat dikutip dari kedai-kedai buku. Selepas ditolak zakat, barulah bakinya digunakan bagi membayar gaji, sewa, hutang kepada pencetak, hutang bank, dan lain-lain bayaran.
2. PTS membayar royalti kepada penulis-penulis, penterjemah dan ilustrator buku-buku terbitannya. Sebagai contoh royalti yang dibayar pada tahun 2010 ini adalah RM1.9 juta.
3. PTS membayar KWSP, SOCSO, insurans hospital, elaun penginapan, elaun perbatuan, komisen bulanan, bonus produktiviti suku-tahunan, dan bonus tahunan bagi memastikan staf PTS berasa yakin bahawa kerja keras dan pengorbanan mereka adalah setimpal dengan pendapatan yang mereka terima.
4. PTS membekalkan buku-bukunya kepada pengedar dan kedai-kedai buku secara konsainan, yakni buku-buku yang tidak laku boleh dipulangkan semula kepada PTS. Sistem ini menyebabkan kedai tidak menanggung risiko sama sekali apabila berniaga dengan PTS, manakala PTS menanggung 100% risiko.
5. Setiap tahun PTS menanggung 10% kerugian disebabkan kedai buku gagal membayar hutang lapuk, kedai gulung tikar, agen lari malam dll.
6. Selepas ditolak semua kos operasinya, margin keuntungan PTS adalah 3% sahaja. (Ada kedai buku sedang menekan PTS supaya menokok 7% lagi diskaun untuk dirinya.)
NOTA: PTS tidak menaikkan margin keuntungannya supaya lebih tinggi daripada 3% kerana PTS berniaga dengan mengamalkan prinsip syariah-compliance, di mana keuntungan yang terlalu tinggi adalah sejenis riba'.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

setelah membaca penjelasan mengenai diskaun yg diberikan oleh PTS, saya faham mengapa PTS tidak boleh memberikan extra diskaun kepada MPH. Tetapi, mengapa perkara mengenai MPH Alamanda diperburukkan? Sedangkan itu masalah PTS dengan pihak atasan MPH. Bukannya outlet. Saya rasa kesal dengan tindakan PTS yg telah memburukkan MPH Alamanda sedangkan perkara yg PTS nyatakan mengenai MPH Alamanda tidak prihatin dengan buku agama dan bahasa melayu sempena bulan Ramadhan adalah tidak benar sama sekali. Buku-buku PTS masih lagi mendominasi hampir kebanyakan rak-rak di dalam MPH Alamanda. Anda mengambil gambar ditempat yang salah lalu menyiarkan cerita palsu.
Post a comment