Thursday, December 16, 2010

Tip Survival Penerbit: Laut Biru Menjual Buku Agama kepada Remaja

Pasaran remaja adalah pasaran yang sangat besar, dan akan terus membesar kerana jumlah rakyat Malaysia yang berada dalam braket usia 8 - 17 tahun sentiasa semakin membesar. Jadi, memasuki sektor pasaran remaja adalah amat berpotensi.

Buat sekian lama, menjual buku-buku agama kepada remaja adalah perkara yang sukar dilakukan. Ini disebabkan oleh banyak faktor:

(i) Golongan agama tidak menulis buku-buku agama yang khusus bagi bacaan remaja. Mereka menulis kitab agama yang menggunakan bahasa berbelit-belit, yang menyebabkan remaja tidak mahu membacanya.

(ii) Golongan sasterawan pula tidak menulis karya yang khusus dan terang-terangan menyampaikan mesej agama kepada remaja. Hasilnya, dalam Bahasa Melayu tidak ada apa yang disebut sastera agama untuk remaja.

(iii) Buat sekian lama tidak ada penerbit buku yang khusus menerbitkan buku-buku agama untuk golongan remaja.

(iv) Dari sudut psikologinya, jika diberi pilihan, remaja tidak berminat membaca buku-buku agama dan lebih suka membaca komik dan buku cerita. Disebabkan mereka terpaksa mengambil peperiksaan, maka terpaksalah mereka membaca buku teks subjek agama.

(v) Buat sekian lama, buku-buku agama yang ditulis dan diterbitkan khusus untuk remaja disusun di rak buku-buku agama. Golongan remaja tidak mahu pergi ke rak-rak buku agama.

(vi) Remaja tidak mahu menggunakan wang saku mereka bagi membeli buku-buku agama. Mereka mempunyai banyak benda lain yang sangat ingin mereka beli.

Sektor sastera agama untuk remaja adalah Laut Biru yang besar potensinya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Belajar Product-Development dari Puan Ain Maisarah Previous entry: AHAD 2. 1. 2011: Taklimat Projek Penerbitan Novel Tauhid
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/18  at  10:21 AM

AlhamduliLlah, buku2 remaja PTS semakin mendapat perhatian di kalangan remaja juga ibubapa yang prihatin terhadap anak2 mereka.. ditambah pula dgn kempen2 iklan PTS di TV membuat pembeli melayu muslim semakin mencari tajuk2 buku PTS..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.