Tuesday, December 21, 2010

Strategi Menjual Buku kepada Anak-Anak Kelas Menengah dengan Menggunakan Teori Interteks

Buku adalah produk konsumer yang dibeli menggunakan duit lebihan. Ini bermakna hanya golongan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan asas sahaja yang mampu membeli buku, yakni wang lebihan selepas membayar hutang rumah, kereta, minyak, barang dapur dan lain-lain keperluan asas barulah mereka membeli buku. Ini bermakna buku dibeli oleh kelas menengah.

Perkara ini mempunyai implikasi yang penting baik kepada penulis, mahupun penerbit.

Dalam masyarakat Malaysia, golongan yang dikatakan kelas menengah adalah keluarga yang ibu bapanya memiliki diploma ataupun ijazah, dengan pendapatan bersama lebih daripada RM4 ribu sebulan.

Anak-anak kelas menengah mempunyai citarasa yang sangat menyukai barang-barang milik mereka yang cantik-cantik. Ini bermakna mereka mahukan buku-buku yang cantik.

Salah satu komen yang sering kita dengar daripada anak-anak kelas menengah adalah, "Cantiknya, macam buku orang putih!"

Daripada komen-komen seperti itu, kita tahu bahawa desain buku yang mereka anggap cantik adalah desain yang menggunakan interteks dengan tradisi desain buku-buku Inggeris. Kaver 2 buah buku di atas menggunakan interteks seperti itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Laut Biru Fiksyen Terjemahan Previous entry: Unsur Enchantment Wajib Ada di Dalam Buku Kanak-Kanak Prasekolah

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.