Wednesday, May 18, 2011

Tip Survival Penerbit: Pakejing Novel Sejarah

PTS mempunyai pengalaman menjual novel-novel sejarah. Ada judul yang laku keras, manakala ada judul yang laku perlahan. Novel sejarah terbitan PTS yang laku keras adalah dalam siri sejarah Islam.

Salah satu aspek penting adalah pakejing novel sejarah. PTS menggunakan pakejing elemen-lemen sejarah yang sangat jelas pada desain kulit novel-novel itu.

Pengunaan elemen sejarah membantu petugas dalam kedai buku bagi mempamerkan novel sejarah pada rak yang sama dengan novel-novel sejarah lain. Ini penting kerana genre novel sejarah mempunyai peminatnya sendiri. Dengan meletakkan novel-novel sejarah di rak yang sama, maka peminat novel sejarah akan berjumpa dengan novel yang dicarinya.

Jika novel sejarah menggunakan elemen-elemen bukan sejarah, petugas kedai buku mungkin tidak tahu novel itu novel sejarah, lalu diletakkan di rak lain. Ini kerana pekerja yang ditugaskan menyusun buku majoritinya tidak tahu isi kandungan buku-buku yang disusunnya. Mereka mengagak-agak sahaja berdasarkan desain dan saiz buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Musim Raya Sudah Mula Terbit Previous entry: Tip Survival Penulis: Editor dan Penulis PTS adalah Businessman

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: