Tuesday, April 17, 2007

Tip Survival Penerbit: Penulis Biar Sedikit, Judul Biar Banyak

Operasi bisnes penerbitan buku yang ideal adalah di mana jumlah penulis sedikit tetapi jumlah judulnya banyak. Ini bermakna penulis yang sedikit itu menulis jumlah judul yang banyak.

Itu adalah bisnes penerbitan yang ideal, yang semestinya cuba dilaksanakan kerana:

(1) Kos mengurus penulis semakin tinggi apabila jumlah penulis semakin banyak. Banyak orang awam tidak menyangka adanya kos mengurus penulis yang ditanggung oleh penerbit.

(2) Penulis yang mempunyai banyak judul lebih mudah dipromosikan, baik promosi namanya, mahupun promosi buku-bukunya.

(3) Penulis yang sudah menulis banyak judul dapat menjadikan nama mereka 'brand'. Branding amat penting bagi promosi produk.

Itulah sebabnya, penerbit mesti menjaga supaya penulisnya tidak lari ke penerbit lain, apatah lagi apabila penulis itu sudah mempunyai banyak judul.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa itu Plot dan Sub-plot Previous entry: Kesilapan Lazim Penulis Pintar
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/18  at  05:02 AM

Buku Biasa, Buku Luar Biasa
——-

Amiene Rev  on  04/18  at  09:01 AM

Nampaknya dalam banyak hal mengenai perkara yang ditulis oleh Sifu, saya rasa saya sependapat dengan Sifu.

Barangkali sebab saya sudah didedahkan dengan artikel-artikel Sifu di dalam surat khabar semasa saya masih belajar di sekolah rendah… berbelas tahun yang lalu.

Oleh itu, saya seolah-olah memahami atau sependapat dalam perkara yang akan diterangkan Sifu.

Inilah kuasa penulisan sebagai elemen untuk mendidik. Kita menulis dan kita mendidik.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: