Monday, September 27, 2010

Tip Survival Penerbit: Peranan Penting Eksekutif Harta Intelek

Salah satu faktor yang menyebabkan penulis lari kepada penerbit lain adalah tahap kepercayaan mereka terhadap ketelusan pengurusan penerbit.

Isu ketelusan adalah isu memberikan maklumat yang tepat kepada penulis berkenaan prestasi jualan buku-buku mereka, serta bagaimana royalti mereka dikira.

Cik Norizah Wahid (foto) adalah eksekutif (harta intelek) di jabatan kewangan PTS. Beliau menjaga dan menguruskan semua rekod dan maklumat berkenaan harta intelek setiap penulis PTS dan setiap judul terbitan PTS.

Beliau bertanggungjawab:

(a) Menyimpan dan mengemaskini rekod maklumat peribadi tiap-tiap karyawan PTS.

(b) Menyimpan rekod prestasi jualan tiap-tiap judul terbitan PTS.

(c) Menyediakan kiraan royalti bagi setiap judul dan setiap edisi buku.

(d) Menyediakan dan menghantar cek-cek royalti.

(e) Menyediakan laporan jualan tiap-tiap judul untuk pengetahuan penulis.

(f) Menyimpan rekod eksport-import pelesenan hakcipta setiap judul PTS.

Dengan melantik seorang eksekutif harta intelek, isu memberikan maklumat yang betul kepada penulis dapat diurus dengan baik dan memuaskan hati mereka. 

NOTA: Beliau dapat dihubungi di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mahu Membaca Buku di Dalam Kedai Buku tetapi Dihadapkan ke Mahkamah atas Tuduhan Mencuri Previous entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.