Tip Survival Penerbit: Perjanjian Penerbitan adalah Tertakluk di Bawah Undang-undang Kontrak
Bagi tujuan perbincangan, ini kes hipotetikal:
Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sudah menubuhkan Wira Bukit Sdn. Bhd. yang menjadi penerbit tunggal semua karya beliau.
Pada masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak mahu menamatkan perjanjian penerbitan 7 buah karya SN itu supaya dengan itu WBSB dapat menerbitkannya sendiri. Tujuh karya itu adalah yang paling laku dalam rekod jualan DBP. Karya beliau yang 'tidak laku' sahaja yang dipulangkan oleh DBP. (Karya-karya yang dikatakan tidak laku itu, apabila diterbitkan semula oleh WBSB, laku pula.)
Katakanlah, SN DASS tidak puas hati, lalu membawa kesnya ke mahkamah. Apakah implikasinya?
Kita bukan peguam, tetapi kita sudah berbincang mengenai isu dokumen perjanjian penerbitan yang digunapakai di PTS sendiri.
Mengikut penasihat undang-undang PTS, semua isi kandungan dalam dokumen perjanjian penerbitan hendaklah mematuhi undang-undang kontrak. Mana-mana klausa yang tidak mematuhi undang-undang kontrak akan membatalkan seluruh isi dokumen itu.
Sebagai contoh, undang-undang kontrak tidak mengiktiraf kontrak yang mengandungi unsur-unsur tidak pasti.
Suatu contoh unsur yang tidak pasti adalah tempoh kontrak. Jikalau dokumen perjanjian penerbitan itu tidak dengan tepat menyatakan tarikh bermula dan tarikh tamat kontrak itu, maka secara automatis perjanjian itu batal, tidak sah.
Kepada rakan-rakan penerbit kita, sebelum terlambat, demi menjaga kepentingan bisnes sendiri, dari masa ke masa, perlu disemak semula setiap perkataan dan ayat dalam isi kandungan dokumen perjanjian yang digunapakai sekarang supaya kekal relevan dengan perubahan zaman.
Dulu-dulu, para penulis buku Melayu majoritinya bukan golongan profesional, dan bukan individu-individu yang mampu membiayai kos mahkamah. Zaman sudah berubah. Penulis-penulis hari ini bukan orang kecil lagi.
Sekarang sudah ada peguam, jurutera, doktor, akuantan, malah hakim juga, yang menulis buku. Mereka boleh berkongsi kos dengan mengambil peguam yang sama bagi mewakili mereka sebagai satu kumpulan.
Jika penerbit ditarik ke mahkamah dan kalah, kosnya amat tinggi: Penerbit mesti membayar (a) kos mahkamahnya sendiri, (b) kos mahkamah si penulis, (c) gantirugi kepada penulis.
Apabila peguam yang membuat taksiran kerugian anak guamnya... minta dijauhkan Allah sahajalah... sebab... ada persentase si peguam dalam taksiran itu!
Sejauh yang kita tahu, semua penerbit swasta milik orang Melayu (kecuali PTS), meniru bulat-bulat isi kandungan perjanjian penerbitan DBP.
Jikalau dalam kes hipotetikal SN DASS lawan DBP ini, terbukti SN DASS menang, ada kemungkinan kesan domino berlaku ke atas penerbit-penerbit lain yang meniru perjanjian penerbitan DBP. Ia juga akan menggalakkan penulis-penulis lain menarik penerbit yang sama ke mahkamah.
Sebelum kita ditarik ke mahkamah oleh penulis-penulis kita sendiri, langkah yang sebaiknya kita ambil adalah, batalkan dokumen lama yang sudah ketinggalan zaman itu, gubal dokumen baru yang adil kepada kedua-dua belah pihak, dan pujuk para penulis kita supaya setuju menandatangni dokumen baru itu bagi menggantikan dokumen lama.
Tuhanlah yang lebih tahu.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Jika dalam kes SN DASS lawan DBP dan SN DASS menang, bukan sekadar kesan domino yang terjadi, tetapi juga kesan ‘ampangan pecah’ di mana penerbit-penerbit mungkin menerima nasib spesies dinosaur.. iaitu.. kepupusan…
——-
Tidak kira apa pun, empangan pecah atau kepupusan penerbit, apa yang paling penting ialah hak penulis.
Biar mati penerbit, jangan mati hak (penulis).
Satu ketika nanti, cuma penerbit-penerbit jujur/ikhlas membantu penulis/masyarakat sahaja akan tinggal dan kekal, sebabnya, sebab penerbit-penerbit jujur/ikhlas membantu penulis/masyarakat tahu menghadapi cabaran dan suasana kebenaran, penerbit-penerbit yang bermotifkan keuntungan akan rasa susah (padahal tidak susah jika mereka mengutamakan kebenaran).
Penerbit selaku induks penyebaran ilmu harus bersikap jujur dan telus, bukan mementingkan keuntungan sahaja tetapi menjaga kebajikan penulis. Sepakat membawa berkat.
Tuan Sheikh dan Sdr. REV,
Saya pun berpandangan seperti saudara berdua. Mana-mana penerbit yang mahu kekal lama dalam bisnesnya perlu bermain dengan mematuhi peraturan bisnes yang baik.
Pada akhirnya, syarikat-syarikat yang berkembang dan dapat bertahan lama adalah syarikat-syarikat yang para pagawainya mengamalkan etika bisnes yang baik.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Puan,
Unsur tidak pasti ini bukan sahaja membatalkan kontrak dalam undang-undang sivil, tetapi juga dalam undang-undang Islam. Dalam undang-undang Islam ia dinamakan al-gharar. Sesuatu kontrak menjadi haram apabila ada unsur al-gharar ini.
Mengikut seorang sarjana besar Islam, Ibn Taimiyah, al-gharar ialah, “Apabila satu pihak mengambil haknya, dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat (untung dan sebagainya).”
Ataupun mengikut Al-Shafie: “Aqad yang akibatnya tersembunyi daripada kita.”
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly (UIAM) menyatakan, “Gharar dalam kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia sehingga mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya, dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan”.
Wallahu’alam.
Yang penting penulis sendiri perlu berusaha untuk hak mereka. Kalau mereka yang dihormati seperti SSN AAS dan Ujang tidak memulakan, bila lagi orang lain?
Tuan Abu Marwan,
Terima kasih banyak atas maklumat berkenaan al-gharar itu. Saya belajar benda baru!
Sungguhlah, undang-undang kontrak Islam seribu tahun mendahului undang-undang kontrak Barat.
Sebut fasal unsur-unsur gharar ( keraguan) ini, teringat saya mengenai mengapa jatuh hukum haram melabur didalam Swiss Cash yang telah dikeluarkan oleh majlis Penasihat Syariah AAOIFI atau OIC International Fiqh Academy (Majma Fiqh Islami) yang telah di jelaskan oleh Pensyarah Mohd Farid Ravi Abdullah dalam Utusan Malaysia Jumaat lepas.
Itu masih belum menyentuh lagi tentang persoalan akad. Ternyata dalam soal membeli barang harian semudah menyebut “saya beli” dan “saya jual”, islam itu sangat halus segala urusannya.
Saya fikir Dato’ Dr Harun Din dan Dato’ Seri Abd hadi Awang perlu menulis sebuah buku untuk menjelaskan perkara ini memandangkan suara dan pandangan mereka adalah suara dan pandangan ulama’ yang diterima pakai oleh hampir semua orang Islam yang ada di Malaysia.
Sdr Panah,
Tentang fatwa “Saya beli” dan “Saya jual” ini amat menarik sebab banyak isu moden perlu diperjelaskan. Kalau beli barang di kedai runcit memang mudah.
Sebagai contoh,
(1) Apabila saudara beli buku PTS melalui kedai on-line, bagaimana teknik hendak menyebut “Saya jual” dan “Saya beli”. Tekan ‘klik’ dalam kotak?
(2) Apabila saudara membeli bagi pihak majikan saudara sebagai tugas kerani bahagian perolehan.
Saudara cuma isi borang ‘order’ pembekal, saudara cuma tolong membeli bagi pihak majikan. Yang menyediakan cek bayarannya kerani bahagian kewangan, yang menandatangani cek akauntan, yang menghantar cek, si posmen, yang memasukkan duit ke dalam akaun pembekal ialah pegawai bank. Saudara tidak nampak pun muka siapa (entah Islam entah bukan) yang melayan borang pembelian yang saudara hantar itu. Saudara tidak tahu pun bila barang itu dihantar kepada majikan saudara, sebab pegawai yang menerimanya orang lain, bukan saudara. Siapa yang wajib menyebut akadnya.
(3) Apabila saudara buat sewa-beli, bunyi akadnya bagaimana. Proses membelinya amat lama, bertahun-tahun, selagi belum selesai jumlah nilai harga benda yang dibeli, selagi itu pembelian belum sempurna.
(4) Akad kita memulangkan barang yang tidak memenuhi spesifikasi dalam kontrak.
(5) Akad jual-beli yang dilakukan oleh agen-agen syarikat ataupun pegawai-pegawai kerajaan yang membeli menggunakan wang cukai rakyat.
(6) Pegawai yang membeli itu Islam, tetapi majikannya bukan Islam. Si pegawai itu cuma wakil si majikan. Yang sebenarnya membeli adalah si majikan.
Memang kita perlukan buku fatwa jual-beli dalam sistem bisnes era internet.
Salam.
Saya tahu Pak Samad rasa berat sekali untuk membawa perkara ini ke mahkamah - dia sebenarnya amat menyayangi dan hargai DBP. Tetapi, apa yang berlaku sekitar dua, tiga tahun tahun ini melorongkannya ke arah itu.
Dia “cuba” untuk “bercakap” dengan pembesar-pembesar DBP, tetapi tidak ada respon memberangsangkan dari mereka. Yang ada, adalah respon dari “orang lain”. Ia seakan bercakap dengan si A, tetapi yang menjawab si B.
Pembesar-pembesar ini bukannya orang yang tidak dia kenali… malah mereka seakan adik-adik padanya.
Andai ia berlaku (membawa DBP ke mahkamah), ia adalah satu keputusan yang akan melukakannya - malah sekarang ini pun dia terluka dengan apa yang berlaku.
Saya tidak fikir penerbit-penerbit akan menerima nasib dinasor - pupus. Saya rasa ini hanya akan menukar persepsi, tadbir dan cara berurusan para penerbit… di mana sedikit sebanyak bila keadaan kembali tenang ia bukan saja akan menguntungkan para penulis, tetapi para penggemar dan para penerbit juga.
Persaingan wujud dan buku-buku akan lebih bermutu dari segi karya dan bentuk. Harga akan berdaya saing dan penggemar buku akan meraih keuntungan dari segi nilai dan ilmu.
Hak penulis, hak penerbit dan hak pengguna harus adil saksama. Jika ini berlaku, penulis senang hati, penerbit senang berniaga dan penggemar senang membeli.
Sekurangnya itu pandangan saya yang hijau ini…
Bung Helmy: Tuntutlah secara berhemah. Berhati dengan si pembawa payah. Di dalam dukung kadang membawa rebah. Di tengah sokong tiba-tiba beralih arah. Kerana, kita bercakap tentang maruah.
Apa pun, jangan sampai hak kita terus dijajah, diredah. Seolah-olah kita ini bagaikan sampah.
Hukla!
Post a comment