Tuesday, November 29, 2011

Tip Survival Penerbit: Prioriti No 1 adalah Membayar Hutang Bank

Sebagai penerbit, salah satu ilmu bisnes yang sukar diperoleh adalah bagaimana menguruskan perniagaan selepas syarikat beroperasi selama 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya.

Syarikat adalah umpama manusia, perkembangan syarikat dan masalah-masalah syarikat tidak pernah serupa, ia sentiasa berbeza dari satu tahap perkembangan ke tahap seterusnya. Semasa bayi, lain keperluan si bayi, apabila bayi sudah masuk tadika, lain keperluannya. Syarikat pun demikian juga.

Orang yang pandai membuka syarikat belum tentu pandai menguruskan syarikatnya itu apabila sudah masuk tahun ke-5 beroperasi. Akibatnya, sepatutnya pada tahun kelima jualan sudah melebihi RM4 juta setahun, tetapi jualan syarikatnya masih tidak mencapai RM1 juta. Ini kerana, bakat mengurus bisnes kecil tidak serupa dengan bakat mengembangkan bisnes kecil menjadi besar.

NOTA: Foto menunjukkan dokumen jaminan personal terbaru yang saya tanggung. Dokumen itu saya tandatangani beberapa hari yang lalu. Dengan itu jumlah semua jaminan peribadi saya untuk mengembangkan bisnes PTS sudah hampir RM13 juta. Jika berlaku perkara buruk ke atas PTS ataupun ke atas diri saya, biarpun sudah habis semua harta saya disita oleh bank, namun saya masih tidak dapat membayar semua hutang bank yang saya jamin itu. Implikasinya adalah kepada pewaris saya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu Previous entry: Tip Survival Penerbit: Buku Rosak dan Sistem Jualan SOR
Noordin  on  11/30  at  06:17 PM

Amat kagum dengan keberanian Puan Ainon menanggung jaminan personal sebanyak itu.

Semoga Allah membalas dan memudahkan segala urusan Puan Ainon atas jasa bakti menyediakan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada orang lain. Amin

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: